in ,

Angah Raja Lawak Bakal Nikah Gadis 20 Tahun

Selepas berkenalan lebih dua tahun, pelawak Angah (Raja Lawak) akan menamatkan zaman duda pada 19 Februari depan dengan gadis pilihan hatinya berusia 20 tahun bernama Ameera Syura Abb Razak.

Menurut Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 37, dia tidaklah merasa begitu gementar memandangkan ini adalah perkahwinan kali kedua.

angah-raja-lawak

Angah dan Ameera mula berkenalan ketika Angah menjadi pengacara majlis yang dianjurkan oleh bapa Ameera sendiri.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Januari tahun lalu.

“Setelah sembilan tahun menduda, saya jumpa seorang yang ada chemistry. Dalam tempoh setahun kenal saya rasa selesa dengannya dan kami melengkapi antara satu sama lain,” jelas Angah seperti yang dilaporkan Mangga online.

Menurut Angah, setakat ini persiapan perkahwinannya sudah siap 80 peratus.

“Sebelum menjadi suami saya belajar untuk menjadi seorang iman dan cukupkan solat lima waktu,” katanya yang juga akan sibuk dalam Maharaja Lawak Mega 2016.

Semoga majlis nikah Angah berlangsung dengan lancar.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tiket Konsert Infinite Habis Dijual Dalam 12 Minit

Hazama Berlatih Vokal Demi SAMPAI MATI di AJL 30