in ,

ABPBH 33 Perkenal Anugerah Khas Untuk Kelab Peminat Menerusi Laman Aplikasi TikTok

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-33 dalam norma baharu menjalinkan kerjasama dengan TikTok dan buat julung kalinya memperkenalkan kategori khas untuk menghargai kelab peminat menerusi laman aplikasi TikTok.

Video kelab peminat yang meraih undian tertinggi akan dinobatkan Anugerah FC #FANtastik Popular. Sebanyak 24 kelab peminat atau ‘FC’ yang sebahagian besarnya mewakili artis bertanding dalam pelbagai kategori pada ABPBH 33 serta aktif menjayakan kempen ABPBH sejak beberapa tahun lalu, mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Bagi memeriahkan lagi penganjuran ABPBH 33, peminat juga boleh berkongsi video TikTok paling kreatif menggunakan lagu Xiaomi, ​Xi​ aomi For Me yang dinyanyikan oleh artis Yonnyboii dan Shalma Eliana bersama gaya tarian yang ditetapkan dengan hashtag #ABPBHKITA2020. Video paling kreatif dengan ​‘engagement​’ paling tinggi berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dari Xiaomi.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Edisi Ke-33 dalam Budaya Norma Baharu

Tarikh penyertaan dan undian boleh dilakukan di laman aplikasi TikTok bermula 21 Oktober lalu sehingga 8 November ini.

Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH 33, Shamshul Azree Samshir berkata pihak BH, selaku penganjur ABPBH pada tahun ini membuat penambahbaikan dalam kategori yang dipertandingkan sebagai penghargaan kepada kelab peminat yang sentiasa setia menyokong industri seni tanah air sekaligus memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan penganjuran ABPBH untuk kekal relevan selama lebih tiga dekad.

“Sesuai dengan norma baharu pada masa ini, kami bekerjasama dengan TikTok untuk memberi ruang dan peluang kepada kelab-kelab peminat menunjukkan kreativiti masing-masing dan meneruskan sokongan mereka terhadap artis-artis kesayangan mereka dengan menggunakan laman sosial video TikTok,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

“Bertepatan dengan tema #ABPBHKITA2020, BH sentiasa memastikan segala aktiviti dan promosi penganjuran ABPBH pada tahun ini selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambah beliau.

Sejarah bakal tercipta buat ABPBH 33 pada tahun ini kerana acara ini merupakan program anugerah berprestij yang pertama di Malaysia yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman aplikasi TikTok pada hari Jumaat, 13 November 2020.

Mempertandingkan 13 kategori utama dan lima kategori ​‘online’, p​ emilihan artis popular ​masih lagi terbuka sehingga 8 November ini menerusi laman web ABPBH 33 di www.abpbh.com.my.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan informasi terkini ABPBH 33, boleh ikuti laman sosial Facebook​ dan ​Instagram​ BH.

Senarai Kelab Peminat yang bertanding untuk merebut gelaran Anugerah FC #FANstatik Popular

1. adamleenizers
2. alifsatarofficialfc
3. arasquadrasmi
4. cmsecretfans
5. djlinfollowers
6. emanizers_thenizers 7. wlfs4eva
8. fattastic_squad
9. feekryers
10. fl88rwers
11. intanadmirers
12. officially_izzuezerss 13. janna_nicker
14. 302family
15. khaibaharempire
16. awarians_official
17. radinrangers
18. sherryliciousfc
19. sitinordianafc
20. teamsgs
21. sweetqisminizers
22. wanyhasnizers
23. ztf_official
24. sitizoner

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun

Koleksi Terbaharu Larney Untuk Keselesaan Wanita Urban