in , ,

Anak Bilionair, Chryseis Tan Kongsi Pandangan Mengenai HONOR Magic V2

Tanda Tarikh! Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan di Dunia Akan Dilancarkan pada 16 Januari

HONOR Malaysia mengumumkan tarikh pelancaran HONOR Magic V2, telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia pada 16 Januari ini, jam 8 malam. 

HONOR Magic V2 meningkatkan penanda aras industri ke tahap lebih tinggi dengan melakukan pembaharuan baik dari segi pembentukan, ketahanan bateri, paparan dan pengalaman pengguna secara keseluruhan. Peranti ini direka untuk mudah dibawa ke mana-mana dan HONOR telah memperhalusi struktur telefon, proses pembuatan dan pemilihan material dengan teliti untuk menetapkan standard baru dalam rekaan telefon pintar.

HONOR Magic V2 sangat nipis dengan kurang 1 sentimeter apabila dilipat dan adalah telefon pintar boleh lipat pertama untuk mencapai rekod ini, sekaligus menjadikannya Pilihan Terbaik Era Baru dalam telefon pintar.

Menjelang pelancaran HONOR Magic V2, anak bilionair Malaysia yang juga usahawan berjaya Chryseis Tan dan pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Nordin antara individu pertama untuk merasakan pengalaman menggunakan telefon pintar boleh lipat inovatif ini.

[Malay] HONOR Magic V2 Official Launch Event KV

HONOR Magic V2 – Paling Nipis dan Ringan

Chryseis mengagumi rekaan bentuk ringan HONOR Magic V2 yang berat hanya 231 gram dan senipis 9.9 milimeter apabila dilipat. ”Ini pertama kali saya melihat telefon pintar boleh lipat yang sangat nipis dan ringan,” katanya. Rekaan premium peranti ini sepadan dengan keanggunan Chryseis.

Rizman turut kagum terhadap HONOR Magic V2 dan mendapati peranti ini mudah untuk dibawa ke mana-mana. Pengasas jenama Rizman Ruzaini ini berkata telefon boleh lipat tersebut muat dengan sempurna ke dalam poket di bahagian atas jaketnya. ”Saya sangat cerewet tentang saiz telefon dan HONOR Magic V2 muat dengan selesa di dalam poket saya,” katanya.

Selain itu, reka bentuk HONOR Magic V2 yang menggabungkan tablet dan telefon pintar memudahkan Rizman melakukan tugas di mana-mana serta menunjukkan rekaannya pada paparan yang lebih besar. 

HONOR Magic V2 – Kuasa dan Ketahanan 

Mengenai kuasa, HONOR Magic V2 didatangi dengan bateri silikon karbon 5000mAh bersama pengecas pantas 66W. Kapasiti bateri yang besar membuatkan Rizman tidak perlu bimbang tentang bateri cepat habis. ”Saya sentiasa sibuk dan banyak menggunakan telefon pintar, terutama sekali melayari Pinterest dan menonton pertunjukan fesyen untuk mengikuti perkembangan industri fesyen,” katanya.

Sementara, Chryseis berkata telefon pintar adalah alat komunikasi penting dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan informasi, berkomunikasi, melayari media sosial dan mengambil gambar. Usahawan ini tidak perlu bimbang tentang ketahanan HONOR Magic V2 yang mampu menahan lebih 400,000 lipatan. Ketahanan ini mdenjaminkan sehingga 10 tahun dengan 100 lipatan sehari.

Ketahanan ini disebabkan engsel HONOR Magic V2 diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material yang lebih ringan daripada aluminium dan lebih kuat daripada keluli. Inovasi tersebut melayakkan peranti tersebut memperoleh pensijilan daripada SGS.

Bagi mengelak peranti dari panas dan memastikan prestasi optimum apabila digunakan untuk jangka waktu lama, HONOR Magic V2 dimuatkan dengan Sistem Penyejukan BioniK VC Ultranipis.

Tonton Strim Langsung Pelancaran HONOR Magic V2 

Saksikan pelancaran telefon pintar boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia menerusi strim langsung HONOR Magic V2 di Facebook HONOR Malaysia pada 16 Januari 2024, jam 8 malam.  Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh didapati di :https://bit.ly/HONORMagicV2PR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHEILA MAJID

Datuk Sheila Majid Imbau Kenangan di Zaman Era Kegemilangan Jualan Album

ARA JOHARI

Ara Johari Elak Kena Hujan Sebab Nanti Mudah Sakit & Boleh Hilang Suara