in ,

Amy Umum Undur Diri dari Kumpulan Search

Tiada yang kekal di dunia ini. Begitu juga dengan lumrah dalam industri hiburan di mana ahli sesebuah kumpulan atau band muzik akan mengambil keputusan untuk berpecah dan membawa diri atas sebab-sebab tertentu.

Semalam, kita dikejutkan dengan pengumuman oleh penyanyi rock lagenda Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman tampil memberitahu dirinya keluar dari kumpulan Search. Ramai peminat terkejut dengan berita ini, sekali gus menghuraikan setiap persoalan yang timbul mengenai hubungannya dengan anggota Search iaitu Kid, Nordin dan juga Nasir.

Amy berkata, keputusan meninggalkan Search sudah lama difikirkan cuma baru dapat ditunaikan.

AMY SEARCH

“Ini bukan keputusan terburu-buru. Sebaliknya, sudah lama saya fikirkan. Bagaimanapun, saya bukanlah berhenti terus daripada menyanyi. Jika ada undangan yang mahukan saya menyanyi, saya akan pergi.

‘Saya gembira dengan keputusan ini… Muktamad dan saya tidak akan berpatah balik. Saya harap mereka boleh merancang sesuatu untuk masa hadapan Search.”

“Saya akan bergerak secara solo, bukannya berkumpulan. Daripada segi lagu, jika ada permintaan peminat yang mahukan saya menyanyikan lagu Search, saya tetap tunaikan,”

– Amy Search

Kata Amy, niatnya untuk mengundur diri dalam kumpulan tersebut bertujuan untuk memberi kebebasan kepada ahli kumpulannya bagi mengorak langkah ke hadapan tanpa terikat dengan dirinya.

Malah, dia juga mengakui faktor umur salah satu sebab dirinya keluar dan vokal yang dimiliki sekarang tidak sama seperti dulu.

Ditanya apakah benar faktor kualiti vokal yang semakin menurun menjadi antara punca dia mengundurkan diri, bapa kepada pelakon Nabila Huda ini mengakui hakikat itu.

Amy Umum Undur Diri dari Kumpulan Search

“Memang benar faktor vokal menjadi antara punca. Tapi pada saya, sesuailah dengan peredaran usia. Ini bukan berlaku pada saya sahaja, malah penyanyi lain di seluruh dunia,”

– Amy Search

Ini bukan kali pertama Amy mengundurkan diri daripada Search. Penyanyi berasal dari Johor ini pernah meninggalkan kumpulan yang mencetuskan fenomena dengan lagu Fantasia Bukan Madu itu pada 1994 bagi memulakan karier solo.

Namun, Nasir tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh penyanyi utama kumpulan itu kerana sudah menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku.

Amy Umum Undur Diri dari Kumpulan Search

“Kami anggota Search termasuk Kid dan Din tidak terkejut.

Sebaliknya, kami dapat menjangka perkara itu terjadi kerana sejak beberapa bulan lalu, Amy seakan-akan menjauhkan diri.

“Sebelum ini, kami sering berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Biar lambat sekali pun, Amy akan menjawab pesanan yang dihantar.

“Namun, sejak kira-kira empat bulan lalu, Amy tidak menjawab pesanan atau panggilan telefon.

“Kami dapat mengagak perkara ini akan terjadi apabila pihak pengurusannya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Amy sudah penat dan ingin fokus kepada perniagaan ketika kami mengumumkan Konsert Apologia Search & Awie yang sepatutnya berlangsung, semalam,”

– Nasir
Amy Umum Undur Diri dari Kumpulan Search

Malah, ahli Search juga menerima dengan hati terbuka dan tidak mempunyai perancangan untuk memujuk Amy kembali kerana ini kali kedua dia mengundurkan diri selepas 1997 dahulu. Dalam pada itu, Nasir memuji Awie yang memberi sepenuh komitmennya bersama Search setiap kali Amy tidak bersama mereka.

Nasir berkata, dia dan teman-teman reda dengan pendirian Amy.

“Lagipun Amy sudah tiada hati, takkanlah kami hendak berlutut dan menangis minta dia tarik balik keputusan.

“Hidup perlu diteruskan, kami ada tanggungjawab dan komitmen yang perlu dilunaskan. Lebih baik kami fokus kepada Search bersama Datuk Awie,”

– Nasir
AMY SEARCH-2020

Tambah Nasir, kesukaran menghubungi Amy menyebabkan mereka menghadapi masalah menerima tawaran persembahan. Mereka bimbang dilabel ‘besar kepala’ dan sukar bekerjasama.

Mengenai alasan vokal tidak semantap dahulu yang dinyatakan Amy, Nasir berkata, perkara itu dianggap tidak munasabah.

Nasir berkata, bagi anggota Search yang lain, penyanyi itu masih mampu menyanyi.

Biarpun kehilangan penyanyi yang baik, Nasir berkata, anggota Search akur dengan keputusan Amy.

Ditanya apakah Search akan menghalang Amy menggunakan nama kumpulan itu untuk kerjaya solonya, Nasir berkata, mereka tidak boleh menghalang.

“Kami tidak akan menghalang atau bagi penalti kepadanya. Terpulang dan biarlah Amy fikir sendiri.

“Jika dia masih mahu menggunakan ‘label’ Search terpulanglah. Kita hargai usaha dan bakti dicurahkan kepada Search selama ini.

“Bakti Amy tidak dapat dinilai, kami akui kehilangan penyanyi yang baik tetapi apa yang boleh buat… Search harus akur,”

– Nasir

Amy membuat pengumuman itu dalam segmen #ArtisDudukDiam yang disiarkan secara langsung oleh Astro Gempak, kira-kira jam 3.30 petang.

What do you think?

532 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ramalan 3 Lagi Gelombang COVID-19, Pakar Saran Lanjutkan PKP Jadi 6 Minggu

Pelakon Azar Azmi Putus Tunang Bekas Tunang Buka Mulut