in , , ,

Amran Tompel Meninggal Dunia, AR Badul Cerita Apa Yang Terjadi

Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 70, meninggal semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.43 petang, hari ini.

Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

“Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya.

“Kematiannya berpunca dari sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan jalani kuarantin.

“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya kepada Harian Metro.

– AR Badul
Amran Aman Ramlie

Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.

Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.

Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada industri kreatif tempatan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang kira-kira pukul 9.45 malam.

“Allahyarham berbakat besar. Beliau pelawak dan pelakon yang tiada tandingan. Seluruh kepimpinan dan barisan ahli jawatankuasa SENIMAN mengucapkan takziah kepada keluarga dan semoga tabah menghadapi ujian ini,”

– Hafiz Nafiah

Turut kelihatan hadir pada majlis pengkebumian tersebut ialah adik beradik Allahyarham iaitu AR Badul dan Adlin Aman Ramlie.

Untuk rekod, arwah Amran Tompel yang dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura ini pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YANA Buka Lebaran Baru Lancar I Need U, Penghargaan Buat Sahabat

TRAVEL

Pengalaman Menarik Di Istanbul Dipamerkan Dalam Filem Promosi NEW COOL