in ,

Amitabh Bachchan Pulih Covid-19 Dibenarkan Pulang

SELEPAS tiga minggu menerima rawatan, akhirnya pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negatif koronavirus (Covid-19) dan dibenarkan keluar dari hospital.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasminya, Amitabh memaklumkan beliau sudah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Nanavati.

Pelakon filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu turut memberitahu ketika menerima rawatan di Hospital berkenaan, beliau dijaga rapi petugas perubatan sehingga disahkan pulih sepenuhnya.

“Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantin.

“Saya juga bersyukur kakitangan Hospital Nanavati menjaga rapi dan membolehkan saya menyaksikan (hidup) hari ini,” ciapnya.

Amitabh disahkan positif Covid-19 pada 12 Julai lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.

Menantunya, Aishwarya Rai dan cucunya, Aradhya juga disahkan dijangkiti virus itu bagaimanapun, mereka dibenarkan discaj lebih awal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Pihak Ambil Kesempatan, Maya Karin Tutup Perniagaan Burger Bakar

Gambar Hiasan

Sesi Terbuka Di Sepang Buat Mior Teruja