in , , ,

Selepas Amin Idris, Alvin Chong, Michael Ang Pula Bengang dengan Ustaz Abu Syafiq

Isu Kontroversi Yang Melibatkan Video Ustaz Abu Syafiq Yang Mengajak Rakyat Malaysia Menghapuskan Tulisan Cina, Dan Isu Ini Telah Mendapat Reaksi Dari Pelakon & Selebriti Terkenal Alvin Chong Dan Pengarah Tersohor Michael Ang Yang Mana Kedua-Dua Mereka Begitu Marah Dan Berang Lalu Membidas Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh Abu Syafiq.

Sebelum ini, Ustaz Abu Syafiq didakwa telah memuat naik status bahawa dia kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan semasa kita semua berada di perintah kawalan pergerakan. Masih belum reda dengan kontroversi yang terpalit itu, nampaknya timbul satu lagi isu baru apabila tular satu video memaparkan Ustaz Abu Syafiq mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar menghapuskan tulisan Cina.

Video yang tidak diketahui tarikh sebenar dirakamkan itu dipercayai video lama yang sekarang ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Alvin Chong berkata tindakan pendakwah itu hanya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kaum dan boleh menggugat perpaduan negara. Alvin Chong turut menyifatkan tindakan pendakwah itu sangat memalukan kerana menggunakan agama sebagai alasan dan senjata. 

Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan tanda yang mengandungi tulisan Cina.

Alvin Chong Abu Syafiq Michael Ang Vivy Yusof Nia

Menurut Abu Syafiq, tindakan itu wajar kerana kita di Malaysia mempunyai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tulisan serta bahasa Cina itu bukanlah bahasa kebangsaan.

Selain itu, cara Ustaz Abu Syafiq menggunakan agama sebagai alasan untuk bertindak sedemikian adalah tidak wajar dan dianggap agak melampau. Alvin Chong juga turut berpendapat Abu Syafiq tidak layak digelar sebagai ustaz.  

Alvin Chong Abu Syafiq Michael Ang Vivy Yusof Nia

“Inilah punca kecetusan perpaduan rakyat Malaysia. Kamu sangat memalukan, menggunakan agama sebagai alasan dan senjata.

“Semoga tuhan memberikan balasan, you tak layak jadi ustaz! Budak Muslim tiga tahun lebih baik dari kamu,”

– Alvin Chong
Alvin Chong Abu Syafiq Michael Ang

Alvin menulis luahannya itu menerusi laman Twitter pada Selasa dan mendapat reaksi dan komen daripada pengikutnya. Rata-rata komen pengikut Alvin turut membidas kenyataan Abu Syaffiq itu. 

Malah, pengarah drama terkenal, Michael Ang turut terkejut dengan kenyataan Abu Syafiq. Katanya lagi, dia lebih rela berjiran dengan rakyat Rohinya daripada berjiran dengan individu rasis seperti pendakwah tersebut. Menurut Michael Ang pula, tindakan Ustaz Abu Syafiq telah memalukan dan mencemat nama baik agama Islam.

Perkongsian Alvin Chong dan Michael Ang itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu. Malah, ada segelintir meluahkan rasa sedih dan malu sebagai Muslim di atas tindakan Ustaz Abu Syafiq itu.

Sebelum itu, seorang pengguna laman tersebut memuat naik rakaman pendek cadangan yang diutarakan oleh pendakwah kontroversi itu.

“Satu cadangan untuk seluruh warga Malaysia, kita sekarang akan hapuskan tulisan Cina, kita sekarang perlu hapuskan segala tulisan Cina maka perlu haram dan hapuskan serta merta.

“Tindakan ini wajar kerana kita ada bahasa kebangsaan, Cina bukan bahasa kebangsaan, menggantikan tempat warganegara Malaysia,”

– Abu Syafiq

Sementara itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan Ustaz Syafiq itu dan meminta penceramah berkenaan segera insaf dan bertaubat.

Alvin Chong Abu Syafiq Michael Ang

“Ini orang tak ada akal. Sebagai Muslim lagi elok kita fasih banyak bahasa sebab nak eratkan perpaduan dan kesefahaman, tak malu nak hapuskan tulisan Cina.

“Dia ni tak nak tambah ilmu, dia ajak orang lain sekali… kan Allah dah pesan, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.

“Maaf Alvin, sejak dia perli Ustaz Ebit Lew hari itu, aku pun dah menyampah dengan dia ni… maaf ya!,”

Alvin Chong Abu Syafiq Michael Ang

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan dia juga kurang gemar dengan Ustaz Abu Syafiq semenjak isu memuat naik status didakwa memerli Ustaz Ebit Lew.

Nampaknya, lepas satu, satu kontroversi yang dicetuskan oleh Ustaz Abu Syaffiq, apa yang kita harapkan semoga Abu Syafiq tidak mengulangi kesilapan ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lofarclutch dari Sometime Cerminkan Gaya Fesyen Neelofa

Vivy Yusof Kantoi Tiru Idea Design Tudung Kekasih Qi Razali