in , ,

Lofarclutch dari Sometime Cerminkan Gaya Fesyen Neelofa

Pelakon dan ikon fesyen, Neelofa tampil dengan koleksi terbaharu hasil kerjasama ketiga dengan jenama beg terkenal Asia, Sometime by Asian Designer yang diberi nama Lofarclutch, baru-baru ini.

Menggabungkan bahan berkualiti premium dengan seni pertukangan yang hebat, Neelofa berkata beliau dan pasukan mengambil masa lebih daripada setahun untuk menyempurnakan rekaan Lofarclutch. Bagi mengekalkan kemewahan serta fungsinya, Lofarclutch dilengkapi perincian magnet emas dan ciri unik lagi eksklusif iaitu tali fleksibel malah versatil yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pemakai.

Lofarclutch dari Sometime Cerminkan Gaya Fesyen Neelofa

Kongsi Gaya dengan Penggemar Fesyen

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, Lofarclutch mencerminkan gaya fesyen terunggul dirinya yang menjadi ikon fesyen wanita di Malaysia.

“Pengalaman mengeliling dunia memberikan saya perspektif baharu, terutamanya dalam bergaya secara sederhana. Saya seronok dapat menterjemah idea ke dalam produk berkualiti yang boleh dikongsi dengan semua orang yang menggemari fesyen dan gaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Produk, Sometime, Nicole Wong, berkata Neelofa sentiasa mempunyai idea menarik, segar dan lain daripada yang lain sehingga mampu memberi inspirasi untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa bagi mencerminkan gaya beliau.

Lofarclutch dari Sometime Cerminkan Gaya Fesyen Neelofa

Lapan Warna Menarik

Sudah dilancarkan sejak 5 Mac lalu, Lofarclutch boleh didapati dalam lapan warna menarik dan mula dijual pada harga RM259. Manakala, tambahan RM29 untuk pelanggan yang mahu meletakkan nama sebagai suntingan peribadi.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Lofarclutch, layari www.sometime.asia atau kunjungi bilik pameran Sometime di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Sumber: BH Online
Lofarclutch dari Sometime Cerminkan Gaya Fesyen Neelofa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Ibu Terlantar di Pusat Jagaan Orang Tua Dalam Telemovie PERMAISURI SYURGA

Selepas Amin Idris, Alvin Chong, Michael Ang Pula Bengang dengan Ustaz Abu Syafiq