in , ,

Amin Idris Lawan Saman RM1juta Abu Syaffiq di Mahkamah

Nama Ustaz Abu Syafiq memang sekarang ni tengah hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial. Sebelum ini banyak kenyataan dari Abu Syafiq mencetuskan kontroversi.

Antaranya yang paling banyak diperdebatkan netizen apabila beberapa hari lalu tular isu kontroversi antara Ustaz Abu Syafiq yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Ustaz Ebit Lew dan dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Ustaz Ebit Lew bergerak menyalurkan sumbangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Akibat daripada itu, ramai netizen yang mula mengecam, mula menghentam Abu Syaffiq dan sebaliknya menyokong perjuangan yang diusahakan oleh Ustaz Ebit Lew. Kalau kita baca di media sosial, Abu Syafiq telah menerima cemuhan bertubi-tubi sehingga satu peringkat, beliau mengatakan akaun Facebook beliau telah digodam.

Susulan dari itu, ramai pendakwah selebriti telah memuat naik status serta pandangan mereka tentang isu atau pun topik yang hangat diperkatakan ini. SaIah seorangnya adalah pengacara dan personaliti TV iaitu Amin Idris. Beliau adalah antara pendakwah selebriti yang lantang bersuara tentang isu ini dan menyokong penuh perjuangan Ustaz Ebit Lew.

Amin Idris yang kurang senang dengan status Ustaz Abu Syafiq, telah menulis hantaran komen di Facebook menegur tentang status Abu Syaffiq sehingga meraih perhatian netizen. Amin Idris telah mendedahkan Abu Syafiq telah menghubungi beliau dan mengatakan untuk menuntut ganti rugi 1 juta terhadap Amin Idris. 

Ini terjadi berikutan selepas Amin Idris memuat naik status 5 LANGKAH MUDAH KALAU NAK JADI MACAM ABU SYAFIQ.

1) Maki orang, 

2) Buat Fitnah orang. Makin orang marah dia, makin dia suka sebab viewers akan ramai, 

3) Fakta? Hujah? Tak perlu. Makin banyak marah, makin bagus, 

4) Muka kena marah, nada suara kena memekak, 

5) Jangan lupa NO 1, MAKI ORANG, Jom jadi macam Abu Syafiq”

Begitulah yang ditulis oleh Amin Idris di Facebooknya.

Menurut Amin lagi, selepas dikritik dengan kelakuannya itu, Abu Syafiq telah memohon maaf kepada beliau namun mengatakan beliau tetap mahu saman Amin Idris. 

Status Amin Idris ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Sebelum ini Amin Idris juga memberi kata-kata semangat kepada Ebit Lew ketika dia sedang diuji.

Akibat daripada beberapa posting yang dibuat oleh Amin, Ustaz Abu Syafiq telah menfailkan surat saman kepada Amin. Sekiranya tidak mahu kes ini berlanjutan, Amin haruslah membuat permohonan maaf kepada beliau secara terbuka di semua medium dan permohonan tersebut haruslah mendapat kelulusan dari Ustaz Abu sendiri.

Selain itu, Ustaz Abu juga meminta ganti rugi sebanyak RM 1Juta sebagai ganti rugi. Ini kerana Ustaz Abu mendakwa posting yang dibuat telah menyebabkan beliau mendapat pelbagai kecaman, ugutan dan juga menjatuhkan imej dan kredibiliti sehingga menyebabkan kerugian. Semua ini haruslah dijelaskan dalam masa 7 hari.

Namun begitu, Amin Idris telah memberikan jawapan bahawa tidak perlu untuk tunggu selama 7 hari dan beliau akan terus membawa kes ini ke Mahkamah.

K0YAK BETUL RUPANYA

Saya baru menerima surat dari peguam Ust. Abu Syafiq (Rasyiq Alwi). Antara kandungannya:

1. Menuntut SAYA MINTA MAAF TANPA SYARAT di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh Ust Abu Syafiq

2. Ust Abu Syafiq juga menuntut RM 1 JUTA dari saya sebagai ganti rugi kerana posting saya

3. Menurut peguam Abu Syafiq, 

“Hasil daripada posting tersebut, anakguam kami telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat-masyarakat termasuklah beratus-ratus kecaman dan/atau ugutan dan/atau komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam.”

4. Saya diberi masa 7 HARI untuk mohon maaf dan bayar 1 JUTA kepada Abu Syafiq

JAWAPAN SAYA, tak payah tunggu 7 hari. Saman saya SEGERA! See you in court

Siapa setuju saya lawan, komen LAWAN ABU SYAFIQ.

Terbaharu, pada hari ini 28 April, Amin Idris telah menyiarkan posting di Facebooknya dengan memberitahu peguamnya telah pun buat tindak balas di mana Amin Idris telah mengarahkan peguam untuk mewakilinya bagi membalas surat tuntutan dari Abu Syafiq. 

Setelah berbincang dan mengadakan brainstorming dengan peguam serta team research, Amin Idris telah nekad untuk tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi RM1juta seperti mana yang dituntut oleh Abu Syafiq. 

Mengakhiri posting tersebut, Amin Idris telah mengistiharkan untuk beliau lawan Abu Syaffiq di mahkamah dan memohon supaya rakyat Malaysia mendoakan kemenangan serta memberikan sokongan untuk melawan Abu Syafiq di mahkamah. 

Posting di Facebook Amin Idris itu telah mendapat reaksi dan komen dari pengikutnya yang mana rata-rata memberikan semangat dan menyatakan sokongan untuk Amin Idris melawan Abu Syafiq di mahkamah. 

Sementara itu, Abu Syafiq sebelum ini pernah mengatakan dia tidak pernah lagi kalah saman di mahkhamah. 

Ada antara netizen yang kesal dengan isu ini yang semakin berlarutan dan menjadi semakin teruk semasa kita semua sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan tambahan pulak, kita masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan. Seharusnya, ada pihak yang bertolak ansur dan menepis ego untuk bermaaf-maafan sesama muslim. Kata netizen, mereka begitu malu dengan orang luar yang melihat melayu sesama melayu bergaduh, islam sesama islam bermusuhan. Apa salahnya jika kedua-dua belah pihak bermaaf-maafan. Raya pun dah dekat, kan. Jadi, kita tak nak tengok pendakwah sesama pendakwah berpecah macan ni. 

BIODATA AMIN IDRIS

Kepada yang tidak mengenali Amin Idris, beliau adalah kelahiran Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Seorang perunding Latihan dan Motivasi sepenuh masa di Amin Idris Training Consultant. Seorang Penulis buku. Pengacara televisyen. Penolong Setiausaha Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau juga merupakan Lulusan pengajian Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana (Master) dalam jurusan Guidance and Counseling di universiti yang sama.

What do you think?

84 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Layla Sania Melancarkan LAKARAN Versi Audio 8D

COVID-19: Ini Cara AirAsia Memastikan Pesawat Selamat