in , ,

Ambank Mengaktifkan Laman Penawaran Apple Pay Di Malaysia

Berita baik buat semua! Ambank kini dilihat telah menerbitkan halaman khusus pada laman rasmi mereka, menyatakan Apple Pay kini telah tiba di Malaysia.

Melalui Apple Pay, pengguna boleh pautkan kad kredit atau debit ke peranti Apple, seperti iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac. Seterusnya, pengguna boleh melakukan pembayaran terus menggunakan peranti tanpa mengeluarkan kad atau dompet.

Ambank turut menyediakan beberapa promosi khusus untuk pengguna, termasuk penawaran pulangan tunai untuk belanja pertama menggunakan Apple Pay.

Buat masa ini, laman berkenaan masih tidak menawarkan info penuh, dan terdapat beberapa info tidak jelas – seperti pulangan tunai RM50, tetapi dihadkan kepada RM20. Disamping itu, laman FAQ juga tidak boleh diakses lagi. Dengan penerbitan ini, ia sekaligus memperlihatkan Apple Pay akan dilancarkan di Malaysia pada minggu ini.

Apple sendiri masih tidak mengemaskini laman penawaran Apple Pay mereka buat masa ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Dijangka Fokuskan September Untuk iPhone Dan Apple Watch

Acara Pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 & Flip 4 Pada 10 Ogos 2022?