in

Saksikan 64 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Astro

Demam bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 semakin terasa. Masa nilah ramai yang rela bercuti dan bersengkang mata untuk menonton perlawanan. Maklumlah event ni boleh dikatakan The world’s most-watched & the most-wanted sports event!

Jam 10.30 pagi tadi, Budiey berkesempatan untuk mendengar pengumuman rasmi daripada Astro yang mana pelanggan pakej sukan Astro kini boleh merasai kehangatan Piala Dunia melalui 12 saluran khas yang akan menyiarkan 64 perlawanan secara langsung. Dan kalau korang ada langgan pakej HD semua saluran itu dapat ditonton dengan jelas dan memuaskan hati selama sebulan bermula 11 Jun ini.

Hall Roof Top di Lot 10 ini juga dihampar dengan karpet ‘rumput’ menghijau.

Jadi, Budiey boleh dikatakan ini adalah pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Dunia di mana penonton di Malaysia boleh menonton secara LIVE dengan gambar berdefinisi tinggi melalui servis Astro B.yond.

Tapi pada sidang media tadi, rasanya sebanyak 6 orang media bertuah telah membawa pulang sebuah TV HD 42 inci bersama dengan pakej Astro HD dengan hanya menjawab soalan mudah. Wah, cukup mudah. Budiey pun ada cuba angkat tangan nak jawab tapi nasib tak menyebelahi. Nak buat macamana.

Budiey ingat nak juga rasa gambar terang dan jelas dengan Astro B.yond ni tapi malang sekali sebab Budiey kan tinggal di rumah jenis apartment, jadi astro kat sini centralised. Melepaslah nak tengok gambar berdefinisi tinggi walaupun Astro mahu menaja Budiey yuran FREE selama setahun.

Tidak mengapalah. Janji, tengok Piala Dunia untuk tahun ini adalah satu kemestian. Budiey sangat tak sabar untuk menanti saatnya. Yea, demam itu kembali lagi.

Event pagi tadi dihoskan oleh seorang hos yg dulunya seorang pelakon, kenal lagi? Beliau ialah Rashid Salleh, dulu pelakon tapi kini dah 3 tahun menjadi pengacara sukan Astro Arena. Namun, Rashid tak nak berhenti berlakon cuma masa sahaja yang terbatas. Maklumlah, idola beliau ialah Dato’ Rahim Razali. Sebelum ke Arena, Rashid jadi hos sukan di ESPN.

Untuk kali ini, sebagai penyiar rasmi berbayar bagi Piala Dunia FIFA 2010, Astro telah menyediakan banyak program untuk memberikan pengalaman dan menepati selera penonton dan kali ini sangat berbeza dengan yang sebelum ini. Kali ini lebih mentap sebab dah ada banyak platform boleh digunakan seperti menerusi TV, internet dan telefon bimbit.

Menurut kata Pegawai Ekskutif Astro, Dato’ Rohana Rozhan, Para pelanggan Astro seramai 3 juta akan pasti menanti untuk menonton Piala Dunia kali ini dan Astro berbangga untuk menyediakan siaran sukan terbaik kepada 12 juta penonton.

Selain daripada liputan radio serta TV di platform Astro, para pelanggan juga dapat mengikuti perkembangan semasa Piala Dunia seperti info terkini, keputusan dan statistik pasukan, live chat, maklumat pemain dan perlawanan secara langsung seperti Fantasy Football serta macam-macam lagi program interaktif.

Video streaming juga boleh ditonton melalui laman web www.astro.com.my/stadiumastro . Jadi kepada rakyat Malaysia yang belum lagi melanggan Astro, bolehlah mendaftar nama di laman web tersebut untuk tontonan secara online PERCUMA!

Dengan kerjasama Maxis, Astro juga menyajikan kandungan Piala Dunia FIFA 2010 menerusi Astro B.Playar untuk para pelanggan Maxis. Ini adalah satu application di mana pelanggan boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan, muat turun nada dering, berita terkini dan video melalui telefon bimbit di mana sahaja anda berada.

Selain 10 saluran khas tu, Piala Dunia juga boleh ditonton di saluran tempatan 24 jam Astro Arena (saluran 801), dalam ulasan Bahasa Malaysia dan Astro Wah Lai Toi (Saluran 311) dalam ulasan Bahasa Kantonis.

Untuk melanggan pakej sukan Astro, sila hubungi 1 300 82 3838 atau layari www.astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Penaja rasmi liputan khas Piala Dunia FIFA 2010 di Astro ialah Maxis dan penaja bersama ialah Power Root dengan kerjasama Coca Cola, MAA Assurance, MYEG dan Ogawa.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amanda Imani Dipandang Rendah Sebab Syok Sendiri?

Nak Tambah Pendapatan? Jadilah Pengedar SIY Sekarang!