in , ,

ALYPH Muncul Dengan EP Solo Dengan Tajuk Yang Luar Biasa Berjudul ‘III/III’

Selepas memasuki fasa baru dalam kerjaya muziknya lewat lagu-lagu hit seperti ‘Adakah Kau Mendengar’, ALYPH kini tampil dengan sebuah EP baru berjudul, ‘III/III’.

Bunyian yang dipaparkan dalam projek ini merupakan hasil kerja kerasnya mempertajamkan kemahiran serta tidak menghiraukan ekspektasi orang lain terhadap dirinya — sebagai seorang bintang rap, penyanyi dan pencipta rentak serta lagu. Ketiga-tiga kualiti ini terserlah dalam EP luar biasa ini, yang bakal menjadi pencetus kepada banyak lagi projek-projek ALYPH di masa hadapan.

Tahun-tahun sebelum ini telah membuktikan kehebatan ALYPH, sebagai seorang artis solo dan penerbit, yang telah bekerja dengan Joe Flizzow, K-Clique, Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Adira, serta sebuah album kolaborasi penuh bersama SonaOne.

Lagu hit kumpulan K-Clique yang berjudul Mimpi terbitan ALYPH sendiri pada tahun 2019 turut menampilkan dirinya dan kini telah mencecah 45 juta tontonan di YouTube.

Hasil kerjanya pada karya Joe Flizzow yang berjudul “CIAO”, dengan penampilan MK dari K-Clique serta bintang rap Korea Jay Park, juga berjaya meraih lebih dua juta penstriman dengan lebih enam juta tontonan di YouTube dalam tempoh setahun sahaja sejak ia dilancarkan.

Kesemua kejayaan ini yang tidak termasuk dalam tahun-tahunnya bersama kumpulan SleeQ dahulu, yang telah mencetus cinta mendalamnya buat hip-hop dan R&B telah berjaya merentas sempadan sekitar penghujung tahun 2000-an, sewaktu artis Singapura masih belum terlalu berani bereksperimentasi dengan lebih jauh.

Alyph

Dalam EPnya ‘III/III’, yang disebut ‘three-of-three’ (tiga pertiga), pencipta lagu berpengalaman ini memberi peluang para peminatnya ‘melihat’ sendiri cara mindanya berfikir, dengan single terdahulu ‘Adakah Kau Mendengar?’ berserta nukilan lewat ‘Skali Lagi’ dan juga lagu penutup bertajuk ‘Show Me Colours’.

Biarpun ALYPH telah membuktikan kehebatannya dengan berkolaborasi bersama artis tempatan dan serantau, ‘III/III’ merupakan sebuah karya kreatif yang senantiasa mencetuskan idea baru dan mengatasi ekspetasi lama.

“Motivasi saya kala mencipta muzik adalah ia tidak boleh kedengaran seperti apa yang sedang saya dengari sekarang,”

Apa gunanya saya berasa seperti ini jika saya terus menghasilkan bahan yang sama?”

– ALYPH

‘Adakah Kau Mendengar?’ merupakan satu intaian ringkas tentang apa yang bakal muncul: iaitu satu gabungan R&B murni dengan rentak licik irama trap yang semakin mendalam dan menggoda, seperti mana dalam lagu ‘Skali Lagi’ (‘One More Time’ dalam Bahasa Inggeris). Ia begitu dalam maksudnya dan agak jauh dari bayangan single pertamanya serta lebih berdikari: di mana ia mampu membuat pendengar meruntun dan merasa kesakitan sehingga memberi kesan kepada orang sekeliling.

Dalam ‘Skali Lagi’, ALYPH menggambarkan kepayahan mencari jalan keluar dari kegelapan — bagaimana mudahnya berada dalam keadaan yang membahayakan diri, walaupun ia hanya seketika untuk melupakan duka dan lara.

Video muzik ‘Skali Lagi’, akan ditayangkan pada 2 September, 9PM (SGT – waktu Singapura dan Malaysia) di laman Youtube ALYPH. Ia memberi satu bayangan keadaan yang diceritakan tadi di layar tontonan dan menunjukkan gambaran intim sebuah hubungan arahan fidz.bare.

Alyph

Mereka yang sudah terbiasa dengan kegelapan, kemusnahan dan kebergantungan pasti boleh menjiwai karya ini. “Mereka benar-benar saling menyukai, tetapi ada sesuatu yang menyukarkan keadaan,” jelas ALYPH. “Anda boleh rasai ketegangan yang dipapar” . Anda rasa seperti mereka berdua mengetahui yang ia tidak akan terjadi.” 

Dalam alur rangkaian projek ini ‘Show Me Colours’ merupakan cahaya di penghujung terowong. Karya ini seolah memberikan harapan dan penyelesaian, di mana ALYPH berjaya menemukan secebis kemenangan di sebalik kekalutan tadi. Ia juga karya Bahasa Inggeris tunggal ALYPH dalam projek ini. Tentang keputusan untuk menulis di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, ALYPH berserah kepada naluri dan perasaan. “Saya mula membuat muzik di dalam Bahasa Inggeris,” katanya. “Tapi saya ingin membuat apa sahaja yang terasa betul.”

Inilah pegangan yang membentuk arah seni ALYPH. Malah dia sudahpun sibuk berada di dalam studio untuk merangka bahan baru. “Saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya, tetapi ia bakal menjadi sesuatu yang sangat dekat dengan saya dan apa yang saya lakukan,” usiknya. Yang pasti, ia tidak akan mengecewakan, seperti yang telah ditunjukkan dengan baik dalam ‘III/III’. Era ini merupakan metamorfosis sebenar buat ALYPH sebagai seorang seniman: melupakan masa lalu dan mara jauh ke masa hadapan yang lebih meyakinkan.

‘III/III’ boleh didapati di semua platform digital pada 3 September 2021 dan video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ akan ditayangkan secara perdana di laman YouTube ALYPH pada 2 September, 9 malam (waktu Singapura dan Malaysia). 

Alyph

Tentang ALYPH

Bermula dari bawah sehinggalah tersenarai sebagai salah seorang pencipta lagu-lagu hit terhebat di Asia Tenggara, kisah ALYPH sememangnya unik. Dilahirkan di Singapura, penyanyi rap, penerbit dan juga pencipta lagu ini telah lama mencipta nama di Asia Tenggara sehingga mencapai satu tahap di mana setiap karyanya pasti menjadi rebutan.  

Lagu terakhirnya ‘Mimpi’ yang ditulis bersama kumpulan K-Clique, telah menjadi salah satu lagu hip hop terbesar di Malaysia dengan 45 juta tontonan di YouTube. Dengan jumlah tontonan sebanyak 218 juta tontonan untuk kesemua lagu tulisan, persembahan dan terbitannya, peranan ALYPH dalam membentuk hala tuju hip hop Malaysia dan Singapura tidak perlu dipersoalkan lagi. ALYPH muncul bersama kumpulan duo hip hop Singapura yang paling berpengaruh iaitu, SleeQ, dan kemudian mencipta nama sebagai artis solo dan penerbit yang telah memberi sentuhan buat karya ramai ikon besar seperti Joe Flizzow, Kaka Azraff, K-Clique, Zizan Razak, De Fam dan Adira. 

Kemuncak kerjaya ALYPH juga sebenarnya mula menyerlah di rumahnya sendiri. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menghargai seni dan muzik, cintanya terhadap muzik telah membawanya kepada satu penemuan luar biasa : Pengenalan kepada duo hip hop tersohor Malaysia, Too Phat. Menyaksikan persembahan Too Phat di televisyen telah menunjukkan kepada ALYPH bahawa hip hop boleh membentuk dan mendidik identiti tempatan. Ia boleh muncul dari tanah kelahiran sendiri, bercerita tentang temoat asal sendiri dan menjadi lebih bermakna buat mereka yang tinggal di tempat yang sama.

Sejak kemunculannya, ALYPH telah membangunkan penerbitannya sendiri di bawah nama Magic Potions, dan menerajui hip hop buatan Singapura bersama lagu sulung SleeQ iaitu ‘Pilihlah Aku’, dan terus bersinar di seberang sempadan ke Malaysia dan semestinya di Singapura sendiri.

Alyph

TENTANG DEF JAM SOUTH EAST ASIA

Diasaskan pada tahun 1984, Def Jam Recordings bermula sebagai sebuah label persendirian yang diilhamkan oleh kemeriahan budaya jalanan bandar raya New York dan juga kemunculan muzik  hip-hop. Def Jam telah mewakili pemuzik yang terbaik selama 35 tahun dengan para ikon seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys serta Public Enemy. Sepanjang ini, Def Jam memperkukuhkan kedudukannya dengan bintang tersohor seumpama Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan sudah tentu ikon agung yang tiada tandingan Kanye West.

Kini dalam dekadnya yang keempat, muzik serta gaya hidup Def Jam telah menjadi sebuah jenama global – sinonim dengan kreativiti, kualiti dan keaslian – meliputi senarai nama-nama bintang baharu seperti West, Justin Bieber, Alessia Cara, Logic, Pusha T, Jadakiss, Vince Staples, Jeremih, Big Sean, YG, 2 Chainz, Dave East, Jhene Aiko, dan banyak lagi. 

Dengan terlancarnya Def Jam South East Asia, Def Jam telah menguatkan lagi minat serta komitmen terhadap budaya hip-hop, dan telah mengembangkan jenama globalnya mencapai pasaran baharu di Asia Tenggara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shazriq Azeman | 21

Artis Viral Shazriq Azeman Melakar Strategi Baharu Dengan Single BEBAS

Gadgetmodel Hiasan | 22

Isu Tidak Dilantik Sebagai Menteri, Tok Mat Akhirnya Bersuara