in , ,

Alunan Lagu Al-Quds Lana’ dari Inteam Berkumandang di Bumi Gaza

Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana.

Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik kami, kedengaran bergema di bumi Gaza, Palestin di dalam sebuah perkongsian video ketika program sembelihan korban di sana. 

“Alhamdulillah, single baru kami yang diterbitkan bersama gabungan NGO MyAqsa Defenders baru sahaja dilancarkan pada Hari Raya Aidiladha yang kedua iaitu Rabu lepas dan hari ini kami melihat satu video di mana lagu tersebut berkumandang di Gaza dalam sebuah program sembelihan korban. Kami sangat terharu dan bersyukur” ujar Syah selaku ketua kumpulan Inteam. 

Alunan Lagu Al-Quds Lana' Dari Inteam Berkumandang Di Bumi Gaza

Ditanya berkenaan proses penerbitan single tersebut di saat pandemik, Hazamin berkata “Alhamdulillah, kami sempat merakamkan suara dan muzik video bagi projek ini sebelum PKPD diumumkan bahkan muzik video dirakam secara layar hijau bagi mengelakkan perkumpulan serentak keempat-empat anggota kumpulan Inteam. Kami cuma digabungkan berempat di dalam video dengan bantuan grafik.” 

Lagu Al-Quds Lana yang diolah semula daripada sebuah lagu lama berbahasa arab berkaitan perjuangan Palestin turut mendapat sentuhan puitis dari penulis lirik hebat Fedtri Yahya bagi bait-bait lirik Bahasa Melayunya. 

“Sewaktu kami menghubungi Fedtri Yahya bagi menggubah lirik lagu ini, beliau tidak menolak bahkan turut gembira dapat turut sama dalam membina kesedaran dan menaikkan semangat masyarakat berkaitan isu Palestin.” Ujar Rahim Inteam. 

“Fedtri Yahya juga merupakan di antara selebriti yang sentiasa berkongsi hantaran berkenaan maklumat terkini mengenai Palestin di media sosial beliau, bahkan beliau juga salah seorang ikon MyAqsa Defenders” Tambah Rahim lagi apabila ditanya mengapa memilih Fedtri sebagai penulis lirik. 

Alunan Lagu Al-Quds Lana' Dari Inteam Berkumandang Di Bumi Gaza

Ditanya mengenai maksud dan tujuan lagu ini dilancarkan, saudara Hisyam mengulas “Lagu Al-Quds Lana bermaksud Baitul Maqdis atau Al-Aqsa milik kita semua dan kita harus mempertahankannya dari dirampas dan dicengkam musuh. Tujuan lagu ini dilancarkan ialah bagi menimbulkan kesedaran dan terus meniup semangat khususnya remaja dan belia berkenaan isu Palestin agar ia tidak hanya diberi perhatian secara bermusim sahaja” 

Menurut Hazamin, pembikinan dan produksi single Al-Quds Lana ini mendapat tajaan sepenuhnya dan sebahagian kosnya juga ditanggung oleh Inteam Digital sendiri. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MyAqsa Defenders kerana sudi bekerjasama dengan kami selaku penerbit bersama lagu ni, juga kepada penaja produksi iaitu Azlan Al-Amin Group Holdings dan semua yang terlibat secara belakang tabir mahupun peminat yang telah menonton dan menyebarkan video muzik lagu ini kepada umum” tambah Hazamin lagi. 

Alunan Lagu Al-Quds Lana' Dari Inteam Berkumandang Di Bumi Gaza

Single Al-Quds Lana telah dilancarkan di dalam sebuah majlis pelancaran secara atas talian pada 21 Julai 2021 yang lalu beserta pelancaran E-Book berjudul 100 Hujjah #AlQudsKitaPunya. Single tersebut telah mencecah lebih 20,000 tontonan di Youtube sejak dilancarkan, dan kini boleh ditonton di Youtube Inteam Digital dan distrim melalui platform digital seperti Spotify, Deezer, KKbox, Itunes, Apple Music dan lain-lain.

Link video lagu Al Quds Lana dimainkan di Palestin

https://1drv.ms/v/s!AlQk–z9T-BBe6Oicm1og85HM_c

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Facebook

Instagram Stories Perkenal Fungsi Terjemah, Mudahkan Pengguna Faham Lebih 90 Bahasa Asing

Fezrul Khan | 23

Telemovie FITRAH Inspirasi Daripada Kisah Benar Misi Dakwah Di Perkampungan Orang Asli