in

Album Solo Terbaru Irwansyah SOLITER

I R W A N S Y A H  S O L I T E R

Irwansyah merupakan satu nama yang tidak asing lagi, terutama pada anak-anak muda. Berkat lakonannya di dalam filem-filem terkemuka seperti Love, Love is Cinta, 40 Hari Bangkitnya Pocong dan sudah tentu, Heart.

Bukan setakat menwarnailayar perak, Irwansyah turut menghiburkan halwa telinga dengan nyanyiannya menerusi album-album runut bunyi antara filem lakonannya. Lagu-lagu seperti “Pencinta Wanita” dan “My Heart” berjaya menduduki juara carta-carta radio seluruh negara, dan juga bertakhta di hati ribuan peminat muzik nusantara.

Justeru itu, bagi membuktikan yang Irwansyah juga seorang bintang seni suara yang serius, Warner Music Indonesia dengan sukacitanya mempersembahkan SOLITER, album solo pertama Irwansyah, edaran oleh Warner Music Malaysia. 

Menggabungkan himpunan 10 lagu-lagu organic pop dari seberang, SOLITER pasti dapat merungkai segala persoalan mengenai kebolehan Irwansyah sebagai bintang solo. Mendapat kerjasama dari nama-nama besar dalam industri seperti Melly Goeslow, Opick dan Dewiq.

Paling istimewa, terdapat sebuah lagu yang dicipta sendiri oleh Irwansyah berjudul “Lagu Untukmu”. Single pertama dari SOLITER ialah sebuah lagu ciptaan penghibur sentuhan Midas iaitu Melly Goeslaw, yang berjudul “Ku Tunggu Janda Mu”. Lagu ini telah pun diedarkan ke seluruh stesen-stesen radio terkemuka di Malaysia dan sudah mula diputarkan.

Irwansyah sendiri akan memberikan kerjasam dengan wakil-wakil media cetak, siber dan elektronik tempatan untuk mempromosikan cinta hatinya yang pertama ini.

Berikut disertakan track listing lagu-lagu di dalam album SOLITER:

  1. Kutunggu Jandamu (ciptaan: Melly Goeslow)
  2. Jangan Menungguku (ciptaan: Sandy Canister & Pay & Egus Suhu)
  3. Wajahmu (ciptaan: Opick)
  4. Camelia (ciptaan: Dodhy [Kangen band])
  5. Lagu Sedih (ciptaan: Melly Goeslow)
  6. Jangan Bohong (ciptaan: Jimmo & Melly Goeslow)
  7. Tinggalkan Aku (ciptaan: Dewiq)
  8. CLBK (Cinta Lama Bersemi Kembali) (ciptaan: Melly Goeslow)
  9. Lagu Untukumu (ciptaan: Irwansyah)
  10. Tak Cinta Lagi (ciptaan: Alam Urbach)

SOLITER pasti dapat memenuhi selera peminat-peminat muzik tanahair yang meminati karya-karya muzik dari seberang. SOLITER dari Irwansyah, terbaru dan original hanya dari Warner Music Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sheera Iskandar, Wan Maimunah Dalam Drama Fatimah Najwa

Video Lagu Hati Yang Rapuh Misha Omar FFM21