in

Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran

[dropcap]S[/dropcap]ohaimi Mior Hassan merupakan anak jati negeri Perak yang mula merakamkan album pertamanya pada 1982 bertajuk “Prolog” yang menampilkan lagu ‘EPILOG CINTA DARI BROMLEY’ sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan sehingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, beliau juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang puitis.

Album Sohaimi Mior Hassan 1

SOHAIMI MIOR HASSAN juga merupakan penyanyi tempatan yang banyak berbicara tentang jati diri, memberi nasihat dan perjuangan bangsa menerusi lagu-lagu yang dicipta dan dinyanyikannya. Sejak menjadi penyanyi pada awal tahun 1980-an, beliau tidak pernah lekang daripada meluahkan kerisauan tentang nasib dan masa depan anak bangsa menerusi karya-karyanya. Album kompilasi SOHAIMI MIOR HASSAN 1 ini memuatkan lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh Sohaimi antaranya ialah ‘Kalau Berpacaran’, ‘Epilog Cinta Dari Bromley’, ‘Kau Kepunyaanku’, ‘Ros’, ‘Misteri Cinta’, ‘Serunai Malam’, ‘Ini Bukan Demokrasi Kita’, dan ‘Apabila Isteriku Tertawa’.

Tidak dinafikan gandingan SOHAIMI MIOR HASSAN, Ana Rafali dan Altimet cukup serasi. ‘Kalau Berpacaran’ cukup diminati dan sering kali diputarkan di corong-corong radio. ‘Epilog Cinta Dari Bromley’ pula merupakan sebuah lagu cinta merdu tentang luahan kasih seorang lelaki Melayu terhadap gadis pujaan berbangsa Inggeris bernama Kathy. Lagu ini dipetik daripada album pertama Sohaimi, “Prolog” yang secara tiba-tiba meletup dan terus meletakkan nama artis itu sebaris dengan penyanyi popular yang lain. Begitulah hebatnya Sohaimi, populariti lelaki bersuara jantan itu tidak boleh lari dari lagu-lagu popularnya.

Harga bagi album ini adalah RM 27.90. Album SOHAIMI MIOR HASSAN 1 ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah

AirAsia Jawab Isu Tidak Dibenarkan Ibu & Bayi Menaiki Pesawat Di Ho Chi Minh