in ,

Ulasan Album Raya Sheila Majid MEMORI AIDILFITRI

Album raya khas daripada Ratu Jazz Malaysia bakal berada di pasaran!!

Pasti semua merindui Lagenda Jazz Malaysia iaitu, Dato’ Sheila Majid. Kini beliau kembali dengan album Raya yang pastinya dinantikan oleh semua peminat Sheila Majid. Sempena hari yang mulia ini, Sheila Majid kini merakamkan dan menerbitkan kembali album raya yang pernah dirakamkan pada tahun lalu.

Perbezaannya, pada tahun lalu, album ini boleh didapati secara eksklusif hanya di gedung Pavillion. Hanya mereka yang membelanjakan sebanyak RM200 dan ke atas yang layak mendapatkan album Ratu Jazz kegemaran ramai ini.

Bagi memenuhi permintaan peminat yang mendambakan nyayian bintang pujaan mereka ini, Sheila Majid kini merakam dan menggubah kembali album tersebut. Pada album kali ini juga, turut diselitkan sekali sebuah lagu baru berjudul “Tiada Lagi”.

Album raya di bawah produksi Magada Entertainment Sdn Bhd dan edaran Warner Music Malaysia kini boleh didapati dengan harga hanya RM20.90. Jangan lupa dapatkan “Memori Aidilfitri” yang akan mulai berada di pasaran mulai 22 Ogos 2011! Pastinya anda terbuai asyik dengan kelunakan suara Ratu Jazz ini…

Sheila-Majid

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam CD album ini:
1) Suasana Di Hari Raya
2) Selamat Hari Raya
3) Seloka Hari Raya
4) Selamat Hari Raya
5) Tiba Hari Mulia
6) Hari Mulia
7) Suasana Hari Raya
8) Selamat Hari Raya
9) Tiada Lagi (Lagu Baru)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Revs Up For Cars 2

Drama Bersiri Bola Cinta Musim Ke-2