in ,

Album Kempen Harga Runtuh Warner Music Malaysia

Terbaru daripada Warner Music Malaysia – “KEMPEN HARGA RUNTUH” yang akan berlangsung pada pertengahan tahun ini, bermula 15 Mei 2011 sehingga 31 Ogos 2011.

Yang TERBESAR, yang TERHEBAT, yang TERHANGAT dan TIADA TANDINGAN adalah “KEMPEN HARGA RUNTUH” yang dianjurkan oleh Warner Music Malaysia menjelang Mei ini. Kempen yang melibatkan album-album daripada artis-artis hit sepanjang zaman ini adalah kempen terbesar yang dianjurkan oleh Warner Music bagi tahun 2011 ini.

HargaRuntuh-Poster5
“ALBUM COVER KEMPEN HARGA RUNTUH”

Kempen ini adalah bertujuan untuk mengembalikan budaya melawat ke kedai-kedai CD bagi mendapatkan album-album yang original. Dengan melibatkan sebanyak 130 buah album, kempen sebegini semetinya kempen yang dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air, tanpa mengenal peringkat umur.

Dengan “KEMPEN HARGA RUNTUH”, inilah peluang anda untuk mendapatkan album-album daripada artis-artis hit seperti Sudirman, Jamal Abdillah, Ella, Fauziah Latiff, Nash, Nora, Francissca Peter, Yasin, tidak lupa juga artis-artis berkumpulan seperti Raihan, KRU, Ahli Fiqir, Kangen Band, Sweet Charity, Lefthanded dan ramai lagi dengan harga terendah!

Kempen kali ini menawarkan sebanyak 59 buah album daripada Warner Music Malaysia dan 71 buah album daripada EMI Malaysia yang dijual dengan harga hanya RM19.90!

Inilah peluang anda untuk mengabadikan album-album daripada artis kesayangan anda dan menambah koleksi peribadi daripada artis-artis hit ini! Jejakkan kaki anda ke kedai-kedai CD berhampiran dan dapatkan album-album original ini dengan harga terendah! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan mari SAPU BERSIH!!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Artis Meriahkan Larian Amal Feel Good Run

Patton 360 New Episodes