Album Baru The Lima Taura, Bony dan Arif Lebih Mengancam?

Pada 13 Mei yang lalu, satu majlis pelancaran album The Lima telah diadakan di Planet Hollywood pada jam 3 petang. 

Setelah hit dengan lagu “Separuh Masa” yang mencetuskan kontroversi pelbagai tanggapan negatif terhadap mesej yang cuba disampaikan melalui lirik lagunya, The Lima kini tampil pula dengan album sulung mereka yang berjudul ‘THE LIMA’. Album ini berkonsepkan pop komersial yang dimuatkan dengan 10 buah lagu keseluruhannya.

Bernaung di bawah syarikat rakaman KRU, tiga anak muda dari Indonesia –  Taura, Bony dan Arif begitu yakin kehadiran  album pertama ini akan berjaya dan mencapai jualan yang memuaskan. Album THE LIMA diterbitkan oleh KRU dan diedarkan oleh syarikat antarabangsa terkenal iaitu Universal Music.

Proses rakaman album ini telah dijalankan di Indonesia yang hanya  mengambil masa selama 2 minggu. Level Studio Bandung, Indonesia menjadi pilihan produser untuk dijadikan lokasi rakaman. Keseluruhan proses gubahan dan adunan dijalankan di Malaysia iaitu di Studio KRU Music Group.

Penerbitan album ‘THE LIMA’ telah dipertanggungjawabkan kepada Edry Abdul Halim yang sememangnya tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Bagi Edry, kesemua lagu dalam album ini adalah istimewa, namun lagu yang diberi judul “Kau Ada Dia” yang berentak balada ini lebih menarik hati beliau untuk dijadikan single kedua The Lima. 

Sedikit kelainan ditonjolkan oleh Edry dalam album ‘THE LIMA’ ini di mana terdapat beberapa buah lagu mendapat didikan daripada pengarah vokal terkenal di Indonesia iaitu Irvan Natidingrat. Lagu-lagu  yang dimaksudkan adalah “Buronan Cinta”, “Mabuk Cinta” dan “Kau Ada Dia”. Dengan tunjuk ajar dari Irvan, The Lima dapat memberikan vokal yang lebih baik. Tidak kurang hebatnya juga dengan lagu-lagu yang lain seperti “Lebih Baik”, “Pernahkah Aku”, “Sementara”, “Dimabuk Cinta” dan “Terus Berputar”.

KRU telah menyusun aktiviti promosi selama 3 minggu untuk The Lima menyelesaikan tugas mempromosikan album mereka ini. The Lima turut mengikuti salah satu road tour yang diadakan pada 10hb May di Kuantan. Penggambaran klip video ketiga untuk lagu “Buronan Cinta” yang sudah mula diperdengarkan di station radio akan dijalankan pada 20hb ini dan bakal diarahkan oleh Edry Abdul Halim sendiri. Dua buah klip video telah siap produksinya sebelum ini  iaitu “Separuh Masa” dan “Kau Ada Dia” dihasilkan di Indonesia sudah mula diedarkan di stesen televisyen.

Pastikan album ‘THE LIMA’ ini menjadi salah satu koleksi yang boleh di dapatkan dengan harga RM29.90 CD dan RM16.50 kaset. Album telah mula berada di pasaran pada 30 April 2008.

Track Listing – THE LIMA

1 DIMABUK CINTA     
2 KAU ADA DIA      
3 SEPARUH MASA     
4 PERNAHKAH AKU?     
5 TERUS BERPUTAR     
6 BURONAN CINTA     
7 TIDAK MUDAH UNTUK BERCINTA  
8 HINGGA       
9 SEMENTARA      
10 LEBIH BAIK

[tags]album baru, new album, review album, the lima, dimabuk cinta, kau ada dia, separuh masa, pernahkah aku, lyric, mp3 download, terus berputar, buronan cinta , tidak mudah untuk bercinta, hingga, sementara, lirik lebih baik[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Ayat-Ayat Cinta Lakonan Zaskia Adya Mecca & Carissa Puteri

Pelakon Apa Kata Hati Farid Kamil Jurucakap A-LOOK Eyewear