Pelakon Apa Kata Hati Farid Kamil Jurucakap A-LOOK Eyewear

Sebelum majlis pra tonton filem Apa Kata Hati diadakan, satu majlis perlantikan Farid Kamil sebagai jurucakap A-LOOK Eyewear Sdn Bhd diadakan di Restoran Amarin Thai di Pusat membeli belah Mid Valley.

Selain menjadi pelakon filem, Farid Kamil juga seorang model, jururunding skrip, penulis dan pelajar. Perlantikan Farid Kamil dipilih sebagai jurucakap berbangsa Melayu Pertama A-Look Eyewear mungkin kerana imej penampilan Farid yang santai dan sporty serta diminati ramai. Ramai orang cakap, muka Farid macam pelakon jepun tu. Tapi kalau nak ikutkan, Takeishi Kaneshiro lagi macho dari Farid Kamil. Ops! Kalau nak dikatakan bergaya, Farid memang pandai bergaya dan berfesyen. Memang sebagai selebriti, kenalah sesuaikan pakaian dengan majlis juga. Jangan sampai satu tahap, ada selebriti tu pakai seluar pendek ketika satu majlis sidang media.Ops Lagi!

Menurut Farid Kamil, setelah terlibat dalam industri hiburan selama 8 tahun, beliau merasa bertuah kerana masih lagi mendapat sokongan dari peminat. A-Look akan memberikan bekerjasama dari segi tajaan selama setahun. Farid tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan yang banyak memberi liputan positif sehingga sampai ke tahap ini. Farid Kamil antara selebriti yang tidak mudah untuk menerima tajaan daripada produk. Mungkin kerana tajaan dapat menggugat kerjaya kerana terpaksa terikat dengan program dan perjanjian. Namun, dengan tajaan A-Look memberikan kesan positif kepada Farid sendiri.

Kontrak selama setahun bersama A-Look, Farid Kamil memperolehi bayaran 6 digit Ringgit Malaysia. Poster Farid akan dipamerkan di setiap cawangan A-Look. Sepanjang tempoh itu, Farid Kamil akan menghadiri segala aktiviti yang dianjurkan oleh A-Look termasuklah majlis perasmian pembukaan cawangan terbaru di KB Mall, Kota Bharu sebagai tetamu khas pada hari 31 Mei, pada jam 4 petang. Kepada peminat Farid dari Kelantan bolehlah datang beramai-ramai pada hari tersebut.

Dengan membuka kedai pertama pada tahun 2003, A-Look Eyewear juga adalah kedai cermin mata yang pertama menggunakan konsep terbuka dan menawarkan harga jualan tetap di Malaysia. Dalam jangka masa tidak lebih 5 tahun, A-Look Eyewear mempunyai 20 buah cawangan yang terletak di bandar-bandar utama di Malaysia.

[tags]eyewear, a look, outlet a-look, terry ngeow, farid kamil, foto farid, sharifah aini, apa kata hati, cermin mata, lois, gift sms, contact, takeishi kaneishiro, japanese mangga[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Baru The Lima Taura, Bony dan Arif Lebih Mengancam?

Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati