in

Aksi Romance Twilidi Anugerah Juara Lagu 24

Tolong jangan buat andaian tak betul dengan tajuk kat atas ni. Saje je, orang kata, tajuk mesti gempak sikit. Baru suspen. Sebenarnya, semua aksi percintaan romantis dilakonkan oleh penari untuk pembukaan sidang media AJL24 yang berlangsung semalam. Tapi gempak jugak diorang ni buat.

Lebih kurang jam 8.15 malam, sidang media AJL24 bermula dengan satu persembahan pembukaan yang tak kurang dahsyatnya jugak.

Tonton video ni dulu…

Persembahan mereka ini merakumkan kesemua 14 buah lagu yang menjadi finalis AJL24. Walaupun agak kelam kabut sikit tapi persembahan mereka sempoi aje.

4188375779 C0B7B03Ff0 O | 4

4188375619 C077F15B0F O | 5

4189138750 7D154E1E3D O | 6

4189139496 C46Cf4158E O | 7

4189139622 D0Cddaaf38 O | 8

4189137926 05879Bed94 O | 9

Sempoilah, zaman sekarang ni, orang dah boleh terima penari yang punya size tubuh yang besar. Tak macam dulu. Diorang pun nak cari rezeki jugak. So, no prejudice~

Satu persembahan pembukaan yang dah biasa Budiey tonton di sidang media AJL sebelum ini… harap tahun depan pembukaan diberikan kepada penyanyi solo pulak, macam Saiful Apek pernah buat dulu tu. Semput lah nak hafal 14 buah lagu dan nyanyi sekaligus semua.

p/s: Dengarnya, Hotlink dan Maxis akan buat contest untuk pelanggan merasai kehebatan Anugerah Juara Lagu kali. Lebih 3500 tiket akan diberikan dan 6 orang pelanggan Hotlink dan pasangan mereka akan menerima layanan VIP dan berdampingan dengan selebriti di red carpet. Nak tahu bagaimana, Budiey akan ceritakan nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Muda Teruja Menanti Anugerah Juara Lagu 24

Anugerah Juara Lagu Ke 24