in

Selepas Tular di Sosial Media, AKAR RIMBA Kini Jadi Artis Rakaman

Remaja dan dunia hiburan tidak dapat dipisahkan kerana kini muzik menjadi elemen yang dapat membentuk jatidiri individu remaja itu sendiri. Tidak kurang pula remaja yang menjadi begitu akrab dengan industri muzik sehingga mereka memasuki dunia seni tersebut dan berusaha untuk menjadi sebuah band yang berjaya.

AKAR-RIMBA2

Akar Rimba merupakan sebuah band yang lahir di daerah Kudat, Sabah. Akar Rimba terdiri daripada enam orang anak muda dalam lingkungan 13 tahun hingga 16 tahun ini mempunyai aura yang tersendiri apabila beraksi di atas pentas. Jarang persembahan mereka terlepas dari tumpuan mata orang ramai kerana kelincahan mereka mempersembahkan muzik mampu memukau penonton yang hadir.

Menurut pengurus Akar Rimba, Sh Kassim SH Indun, Akar Rimba ditubuhkan pada tahun 2013 dan aktif dalam membuat persembahan di sekitar Negeri Sabah dan kini sudah mula memasuki pentas muzik di semenanjung. Dalam pada mereka mengejar cita-cita pelajaran juga menjadi tonggak utama demi masa depan.

Akar Rimba merupakan contoh kejayaan gandingan remaja dan muzik khususnya di Negeri Sabah ini dan di harap Akar Rimba akan terus Berjaya di dalam industri muzik tanah air dan mungkin ke peringkat antarabangsa, semoga perjuangan Akar Rimba dan muzik yang akan diketengahkan dapat diterima ramai terutamanya golongan remaja di luar sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Trip 5H4M Trip Hollywood 91st OSCARS® Red Carpet In Los Angeles

Fakta Yang Mungkin Korang Tak Tahu Tentang OLABOLA THE MUSICAL