in

Aizat Perform Kau Aku di My Starz LG

10 peserta My Starz LG musim ketiga telah pun mempamerkan bakat masing-masing bermula pada 7 November, jam 10.30 malam di TV3.

Malam ini, penyingkiran pusingan pertama peserta lelaki akan diadakan sekaligus melenyapkan impian seorang peserta dari memenangi hadiah utama berjumlah RM100,000 tunai berserta kontrak rakaman dan beberapa rangkaian produk LG yang terpilih.

Siapakah antara Ahmad Azam Pit (Azam), Jaymeral Henry Monis (Jay), Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz), Noorsyaiful Md Zalaludin (Epul), dan Muhammad Farid Anuar (Farid) yang akan tersingkir mahupun meneruskan perjalanan? Nantikan keputusannya minggu ini.
 
Penyingkiran peserta malam tersebut akan dinilai oleh pemilihan undian SMS dari penonton. Peserta yang mendapat tempat dua kedudukan paling bawah akan dinilai oleh juri. Juri akan membuat keputusan siapakah antara dua peserta ini yang akan tersingkir. Selain dari persembahan dari kumpulan lelaki malam ini, My Starz LG akan dihangatkan dengan persembahan dari artis undangan, Aizat yang akan menyanyikan lagu ‘Kau Aku’.
 
Tarikh : 22 November 2009

Masa : 10.00 malam (Siaran Langsung bermula jam 10.30 malam)

Tempat : Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

2623805972 81Fc0A9F0E | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pameran Jual Beli Rumah di ALAM IDAMAN

Gossip Pengurus Artis Tuduh Wartawan Tak Nak Bantu