in , ,

Aisha Retno Lancar Dua Single Baharu & Mini Album A.R Sebagai Penutup 2023

Penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno tampil dengan single bertajuk Cukuplah dan Teduh bersama mini album yang berjudul A.R.

Ia yang bermaksud nama singkatannya Aisha Retno dan terdapat enam buah lagu termasuklah lagu hits seperti Pencarianku sebelum penutup tahun 2023.

Kejayaannya telah dibuktikan dengan meraih anugerah emas dari penjualan penstriman untuk lagu Wanna Hold U Tight (W.H.U,T) di Malaysia, manakalah anugerah platinum di Indonesia dengan lebih 57 juta unit.

Ramai yang menanti-nantikan buah tangan ini dari penyanyi berusia 23 tahun itu. Ia merupakan buah tangan dan hadiah kepada para peminat yang mengikutinya sejak awal lagi.

Antara senarai lagu di dalam mini albumnya ini adalah Pencarianku, Jarak, Ternoktah, Sutera dan terbaru ialah Cukuplah dan Teduh. Kesemua lagunya telah diedarkan di bawah syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Entertainment Malaysia.

Aisha Retno Lancar Dua Single Baharu & Mini Album A.R Sebagai Penutup 2023

“EP ini merupakan impian Aisha dalam karier ini yang pastinya mahukan terbaik. Tetapi apa yang penting ia juga merupakan hadiah yang sangat bermakna untuk peminat Aisha yang tidak pernah berhenti menyokong dalam industri.

“Rasa sangat teruja dan terharu lagu Cukuplah dan Teduh kini telah berada di seluruh saluran digital platform. Cukuplah adalah lagu yang penuh dengan makna, menggambarkan kesedaran dan nasihat kepada diri sendiri.

“Lagu ini memberi mesej yang positif bahawa kita seharusnya memiliki keyakinan pada diri sendiri dan tidak selalu berusaha untuk memenuhi harapan orang lain.

“Kita sepatutnya yakin pada diri sendiri. Kesempurnaan itu tidak semestinya menjamin kebahagiaan. Kadang-kadang kita paksa diri kita untuk melakukan perkara luar kemampuan diri demi memenuhi keingininan orang lain,” katanya.

Meskipun usianya masih muda, Aisha telah mengalami banyak liku-liku perjalanan hidupnya. Namun, ia tidak pernah menyerah dalam mengejar cita-cita dalam industri muzik.

Selain Cukuplah, Aisha juga mengeluarkan lagu Teduh, khas untuk ibu kandungnya yang sentiasa bersamanya ketika sukar dan senang dalam menjalani kehidupan sebegai seorang penglipur lara di dunia muzik ini. Lagu tersebut juga menunjukkan kedewasaannya dalam menyampaikan mesej yang mendalam melalui karyanya.

“Teduh pula telah menceritakan tentang ibu kandung Aisha yang tidak pernah putus menyokong perjalanan saya dalam industri ini dan menjadi tulang belakang kepada saya sejak dari dulu,” ujarnya.

Lagu Cukuplah dan Teduh boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHOPEE

Bintang Strim & Usahawan Terima Penghargaan di Shopee Super Awards 2023

Dokumentari Shopee Rai Lokal Dilancar di Shopee Super Awards 2023