in

AIS KACANG Kini Genap Satu Tahun

Ais Kacang kini genap setahun pada 1 April 2018. Sempena sambutan ulang tahun pertama Ais Kacang, sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang tidak henti memberi sokongan, Ais Kacang akan mengadakan aktiviti pada 7 April 2018, jam 10 pagi hingga 8 malam. Untuk menyertai aktiviti ini, anda dijemput untuk turut serta bersama memeriahkan ulang tahun Ais Kacang yang pertama bertempat di Publika aras G2, West Entrance B.

AIS KACANG SATU

Podcast Ais Kacang adalah media digital, di mana pengguna dapat menikmati lebih daripada 62 tajuk asal dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melau, Bahasa Inggeris dan Cina. Episod baharu akan dikeluarkan setiap minggu dan ia boleh diakses melalui desktop atau aplikasi mudah alih (yang boleh dimuat turun di telefon pintar anda). Anda boleh mendengarnya di mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar sambil mendengarnya di dalam kereta, pengangkutan awam, gim atau di mana sahaja!

Terkini, antara tajuk paling popular ialah, Insirational Story Datuk Lai Ming (Cina), Pets On Air (Cina), Dari Kaca Mata Reporter, Paranormal (Bahasa Melayu) dan United Moms Club (Bahasa Inggeris). Selain itu, tajuk utama podcats termasuk ‘Face Off with’ siri Bahasa Melayu yang menampilkan selebriti tempatan seperti Fara Fauzana, Wany Hasrita dan juga Syamel. Untuk bahasa Inggeris, Imelda’s Kitchen menjemput Chef Selebriti, Imelda Harris di mana beliau berkongsi tips berkaitan makanan. Ais Kacang juga mempunyai tajuk utama lain yang meliputi topik seperti jenayah, pendidikan, hiburan, gaya hidup, sukan dan juga perjalanan.

Ais Kacang mengalu-alukan pendengar untuk menghantar sampel audio beserta idea menarik jika berminat untuk menjadi sebahagian dari podcaster. Kriteria yang dicari termasuk topik baru, kelancaran bahasa, kreativiti, kesinambungan kandungan dan kemampanan serta kerja penyelidikan yang baik.

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi Ais Kacang di www.aiskacang.com.my serta laman sosial media rasmi YouTube / Instagram / Twitter: @aiskacangmy dan Facebook: Ais Kacang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jessie Chung’s Stage Play Music Box Completes Taipei Show

Rahsia Sebalik Lagu TERBAIK UNTUKMU Nyanyian MOHD