in

AirAsia Terus Membangunkan Sektor Pelancongan Pulau Pinang

AirAsia meraikan ketibaan dua penerbangan sulung dari Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand ke habnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Penerbangan sulung dari Hanoi telah disambut oleh Ahli Majlis Eksekutif Negeri bagi Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian YB Yeoh Soon Hin, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism (PGT) Ooi Chok Yan, dan Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini.

Airasia

Sempena sambutan itu, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua daripada RM119* dari Pulau Pinang ke Hanoi dan RM79* dari Pulau Pinang ke Phuket yang boleh ditempah bermula 2 Julai hingga 8 Julai 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Julai 2018 dan 31 Januari 2019. Untuk menikmati promosi tambang tersebut, para tetamu boleh menempah melalui airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami berbesar hati untuk mengukuhkan lagi hab Pulau Pinang dengan dua laluan baharu. Sejak tahun 2015, Kumpulan AirAsia telah membawa lebih 11 juta orang tetamu ke dan dari Pulau Pinang. Kami juga bangga kerana mendahului permintaan bagi pasaran di Pulau Pinang dengan 68% laluan terus sejak bulan April. Jadi, kami berharap untuk terus meningkatkan kedatangan pelancong dan pada masa yang sama menghubungkan Pulau Pinang dan komuniti di utara ke lebih banyak destinasi antarabangsa dengan rangkaian AirAsia.”

Ahli Majlis Eksekutif Negeri bagi Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian YB Yeoh Soon Hin berkata, “Dengan adanya penerbangan terus dari Hanoi dan Phuket, kami berharap lebih ramai pelancong akan tiba dari kedua-dua bandar ini. Peningkatan sektor pelancongan Pulau Pinang adalah petunjuk yang baik untuk mengukuhkan lagi ekonomi negeri pada masa hadapan.”

Penerbangan terus empat kali seminggu dari Hanoi dan penerbangan terus harian dari Phuket adalah laluan baharu ketujuh dan kelapan Kumpulan AirAsia ke Pulau Pinang, sekali gus mengukuhkan hubungan Asean di rantau ini selain hab Kuala Lumpur.

AirAsia kini mengendalikan 307 penerbangan sehala seminggu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Selain Hanoi dan Phuket, AirAsia juga terbang ke beberapa laluan antarabangsa dari Pulau Pinang seperti Jakarta, Singapura, Medan, Bandar Ho Chi Minh, Surabaya, dan Bangkok, serta lima laluan domestik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Airasia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Synopsis EIFFEL… I’M IN LOVE

Awi Berubah Lepas Nahas, Kini Lebih Dekati Islam