in , ,

AirAsia Tawar Baucar Bernilai Sehingga Thb10,000 Untuk ke Thailand

Nikmati diskaun hebat untuk pelbagai aktiviti, beli-belah, makanan dan perkhidmatan di Thailand apabila anda terbang dengan AirAsia

AirAsia telah bekerjasama dengan 18 rakan kongsi untuk kempen istimewa bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Thailand dengan menawarkan diskaun hebat di pusat beli-belah, restoran dan perkhidmatan lain bernilai sehingga THB 10,000.

Pelancong asing hanya perlu mengemukakan pas masuk AirAsia dari laluan antarabangsa ke Thailand serta pasport mereka di premis dan perkhidmatan tersenarai untuk menikmati diskaun hebat* mulai hari ini hingga 31 Disember 2024.

Tawaran istimewa ini sejajar dengan kempen “Takeover Thailand” yang diumumkan oleh syarikat penerbangan tersebut baru-baru ini bagi mempromosikan negara tersebut sebagai destinasi pelancongan pilihan di rantau ini.

AirAsia Tawar Baucar Bernilai Sehingga Thb10,000 Untuk ke Thailand

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand, Santisuk Klongchaiya berkata: “AirAsia memainkan peranan penting dalam menerbangkan pelancong antarabangsa ke Thailand untuk memperkukuh sektor ekonomi negara. Justeru, kami berbesar hati untuk menawarkan lebih banyak kelebihan kepada para tetamu dengan menambah keistimewaan pada pas masuk supaya mereka boleh menikmati pelbagai tawaran sepanjang lawatan. Keistimewaan ini akan menjadikan pengembaraan ke Thailand lebih bermakna dan berpatutan.”

“Kami ingin memberikan penghargaan kepada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand dan kesemua 18 rakan kongsi kami kerana menyokong kempen ini serta menggalakkan pelancong antarabangsa ke Thailand. Kami yakin usaha ini akan merancakkan lagi ekonomi negara untuk kebaikan semua.”

Sebagai sebuah Kumpulan, AirAsia kini terbang dari 19 negara ke Thailand melalui 65 laluan ke 52 destinasi, termasuk laluan Kuala Lumpur-Pattaya yang akan mula beroperasi pada 17 Jun 2024.

AirAsia Tawar Baucar Bernilai Sehingga Thb10,000 Untuk ke Thailand

Dr. Nattakit Tangpoonsinthana, Ketua Pegawai Pemasaran Central Pattana PCL berkata: “Central Pattana yang merupakan pemaju hartanah nombor satu di Thailand yang mengendalikan 41 pusat beli-belah, termasuk 15 destinasi pelancongan terkemuka di seluruh Thailand, mengucapkan selamat datang kepada pelancong antarabangsa dari 19 negara, 65 laluan dan 52 destinasi melalui AirAsia.”

“Promosi eksklusif kami bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelancongan di Thailand yang dikendalikan oleh pusat beli-belah terkenal Kumpulan Central Pattana seperti:

  • Pakej Bernilai sehingga THB 10,000* PERCUMA!
  • Set menu makanan Thai bernilai THB 200 apabila mereka berbelanja lebih THB 3,000 di pusat beli-belah*
AirAsia Tawar Baucar Bernilai Sehingga Thb10,000 Untuk ke Thailand

Pusat Membeli-Belah Central berfungsi sebagai “Pusat Pelancongan” yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pengangkutan dan pilihan makanan dari restoran bertaraf Michelin hingga  tempatan. Selain itu, ia menganjurkan pelbagai acara berskala besar dan bertaraf dunia seperti sambutan Songkran dan tahun baharu pada setiap tahun. Pusat Pelancongan ini juga berpotensi untuk berkembang dari bandar utama ke bandar kedua yang mampu menampung para pelancong.

Berikutan kemasukan pelancong dari China merupakan tetamu utama bagi AirAsia sejak tahun 2023, Central Pattana juga memenuhi keperluan mereka melalui perkhidmatan pembayaran antarabangsa dan e-dompet seperti Alipay, WeChat Pay, UnionPay dan perkhidmatan Alipay+ untuk memenuhi keperluan semua.

AirAsia Tawar Baucar Bernilai Sehingga Thb10,000 Untuk ke Thailand

Rakan kongsi kempen Pas Masuk Istimewa AirAsia termasuk: 

1. King Power 

2. Central World Department Store 

3. Supersports 

4. Tops Supermarket 

5. Good Goods 

6. Siam Amazing Park 

7. Vana Nava Water Jungle 

8. MahaNakhon 

9. Chiang Mai Night Safari 

10. Andamanda Phuket 

11. Avis Car Rental 

12. Let’s Relax 

13. Phyathai Hospital 

14. Centara Hotels & Resorts 

15. JUMBO Seafood 

16. Kam’s Roast 

17. Kiew Kai Ka dan 

18. Spaghetti Factory.

Untuk maklumat lanjut mengenai rakan kongsi dan promosi lain, layari https://www.airasia.com/aa/airasia-privilege/en/gb/index.html

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Songkran Thaiconic di ICONSIAM Menarik Perhatian Global 

Atria Shopping Gallery Meriahkan Raya Anda Dengan ‘The Luminous Raya’