in ,

AirAsia Super App Lancar Kempen Jualan 10.10 Dengan Tawaran Terhebat

Dapatkan semua yang anda perlukan di airasia Super App dengan promosi terhebat di airasia food, airasia grocer, airasia beauty dan airasia ride sempena Jualan 10.10.

Nikmati diskaun untuk pelbagai produk dan perkhidmatan seperti makanan, barangan runcit, produk kecantikan dan perkhidmatan e-panggilan dari sekarang hingga 9 Oktober, dengan tawaran lebih hebat di hujung minggu pada 10 Oktober. 

Berikut adalah tawaran Jualan 10.10 eksklusif di airasia Super App: 

Lim Ben- Jie, Ketua e-dagang airasia Super App berkata, “Kini semua yang anda perlukan boleh didapati di hujung jari dengan airasia Super App yang menawarkan nilai yang terbaik untuk pesanan makanan, barangan runcit mingguan, produk kecantikan, dan keperluan perjalanan harian. Pengguna airasia Super App di 9 bandar di seluruh Malaysia boleh menikmati diskaun di airasia food, manakala pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia boleh memesan produk kecantikan di airasia beauty, dan pengguna di Lembah Klang, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang boleh memesan produk dan barangan runcit di airasia grocer. airasia Super App adalah platform sehenti untuk semua keperluan harian anda, dan kami sarankan anda untuk memuat turun aplikasi ini hari ini untuk menikmati tawaran terhebat dalam kehidupan seharian anda dari sekarang hingga 10 Oktober.” 

AirAsia Super App Lancar Kempen Jualan 10.10 Dengan Tawaran Terhebat

Para pelanggan juga boleh mengumpul sepuluh kali ganda BIG Poin apabila mereka membuat pesanan di airasia grocer pada setiap hari Rabu, airasia food pada setiap hari Khamis dan airasia beauty pada setiap hari Jumaat. 

Ikuti perkembangan terkini dan tawaran penghantaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik Manggis jadi Hos Program Hello Trend, Terbaharu di TV Okey

Ustaz Kazim Mendedahkan Dirinya Disihir dari Tahun 1996, Ini Perkara Aneh Yang Berlaku