in

AirAsia Tawar Internet Secara Percuma di Dalam Penerbangan ROKKI

Ahli AirAsia BIG boleh menikmati Internet secara percuma di dalam penerbangan ROKKI mulai hari ini.

Semua ahli BIG akan diberikan pelan chat 2MB untuk mengakses aplikasi WhatsApp, WeChat, LINE, KakaoTalk dan Viber setiap kali mereka terbang dengan penerbangan ROKKI.

AA Big Free 2MB Promo

Ahli BIG hanya perlu menyambung kepada ROKKI Wi-Fi semasa penerbangan dan log masuk ke portal ROKKI (rokki.com) menggunakan log masuk AirAsia BIG mereka untuk menebus pelan itu secara automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif ROKKI, Lalitha Sivanaser berkata,

“ROKKI memahami kepentingan sambungan internet di dalam kehidupan kita. Jadi kami harap Internet yang diberikan secara percuma di dalam penerbangan ini boleh membantu para tetamu untuk terus berhubung dengan rakan-rakan serta keluarga mereka selain mendapat maklumat terkini walau di mana mereka berada.”

“Untuk memastikan para tetamu dapat menikmati sambungan internet itu, ROKKI akan terus berusaha untuk memacu transformasi digital di dalam penerbangan untuk menawarkan hiburan, berita, dan tawaran membeli-belah yang menarik menerusi peranti telefon bimbit peribadi mereka di dalam penerbangan.” tambah Lalitha Sivanaser.

ROKKI merupakan platform hiburan di dalam penerbangan yang menawarkan hiburan, muzik, permainan dan berita, serta membeli-belah secara percuma kepada tetamu. Untuk menikmatinya, tetamu hanya perlu sambung kepada Wi-Fi secara percuma dengan peranti peribadi mereka di dalam 44 pesawat ROKKI AirAsia.

Untuk maklumat dan berita terkini, layari rokki.com atau airasiabig.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menarik di Mesa Boulevard Food Street