Saksikan kesinambungan filem Dhoom dalam “Dhoom 2” pada 28 Februari, pukul 9.30 malam, mengisi slot Bollygood di TV2. Menampilkan sekali lagi gandingan mantap Abishek Bachchan dan Uday Chopra dalam usaha membanteras jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Turut menampilkan Bipasha Basu melengkapkan trio mantap yang bakal mengujakan penonton.

Aryan Singh Dan Sunehri

Hrithik Roshan Bawa Watak Antagonis Dalam Filem “Dhoom 2” di TV2

Watak antagonis bernama Aryan yang dibawa oleh pelakon bertubuh sasa Hritik Roshan menjadikan filem ini lebih menarik. Plot berkembang dengan watak Aryan, seorang pencuri handal antarabangsa yang sangat dikendaki oleh pihak polis India. Aksi pencuriannya yang selalu meninggalkan jejak berhuruf A meninggalkan gelaran MR. A kepada dirinya.

Kejayaan ACP Jai Dixit dan Ali Khan dalam kes menumpaskan geng motosikal sebelum ini membuatkan mereka ditugaskan untuk membanteras kegiatan jenayah yang dilakukan Aryan. Kali ini mereka tidak berdua. Mereka berdua digandingkan dengan Shonali Bose, seorang pegawai khas yang ditugaskan menyelesaikan kes Aryan, juga rakan Jai semasa belajar.

Mumbai merupakan sasaran seterusnya. Di Mumbai, Aryan berjumpa dengan Sunehri, seorang pencuri yang pandai dan licik sepertinya. Sunehri menawarkan sesuatu kepada Aryan yang membuatkan dia susah untuk menolaknya. Aryan bersetuju untuk berganding dengan Sunehri. Bermulah bibit-bibit cinta antara Aryan dan Sunehri tanpa mengetahui sebenarnya Sunehri berkomplot dengan Jai. Aryan dan Sunehri berjaya mencuri berlian yang jarang ditemui dan pedang pahlawan kuno.

Jai Dixit Dan Ali Khan

Seterusnya pasangan duo Aryan dan Sunehri merancang satu lagi plot rompakan di Rio De Janeiro. Jai sudah dapat meneka sasaran Aryan selepas Mumbai hasil analisis yang mendalam. Dia dan Ali menuju ke sana dan berjumpa dengan Monali, saudara kembar Shonali.

Hubungan Aryan semakin serius dengan Sunehri sehingga dia berani mendedahkan indentiti sebenarnya sebagai Aryan Singh. Sebelum ini Sunehri hanya mengenalinya dengan gelaran MR. A. Semakin menarik apabila Aryan ternampak Sunehri bersama dengan Jai dan dia menyedari selama ini Sunehri mempermainkannya. Aryan memaksa Sunehri menembaknya namun Sunehri tidak sanggup melakukannya dan meluahkan rasa cintanya terhadap Aryan.

Mereka meneruskan rencana mereka dan berjaya mencuri syiling Lydian yang mereka kehendaki. Sunehri tidak mahu lagi bekerjasama dengan Jai. Keputusannya memaksa Jai dan Ali untuk memberkas dia bersama Aryan.

Berjayakah Jai dan Ali menangkap Aryan dan Sunehri? Saksikan kesudahan filem yang turut menampilkan Aishwarya Rai ini hanya di saluran TV2.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Tawar Internet Secara Percuma di Dalam Penerbangan ROKKI

Yang Korang Patut Tahu Tentang Hotlink Postpaid Flex