in , ,

AirAsia Mengesahkan Sistem Mereka Menjadi Mangsa Serangan Siber

Capital A Berhad melalui pengumuman di Bursa Malaysia, mengesahkan yang mana sistem mereka telah menjadi serangan siber baru-baru ini.

AirAsia menekankan yang mana ia tidak menjejaskan sistem kritikal mereka, dan syarikat telah mengambil semua langkah dalam mengatasi masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, AirAsia tidak menyentuh mengenai laporan mengatakan sebanyak lima juta data pengguna terjejas dibawah serangan siber ini.

Sebelum ini, pada awal minggu ini ia telah dilaporkan AirAsia telah diserang dengan serangan ransomware, termasuk data lima juta pelanggan dan pekerja AirAsia terkesan dibawahnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Airasia Ride & Perhebat Kini Sebagai Rakan Kongsi Pemandu

Bacaan Oksigen 100, Pendarahan Dalam Paru-Paru Nad Zainal Terhenti