in ,

AirAsia Lebarkan Sayap Ke Jepun

AIRASIA LEBARKAN SAYAP KE JEPUN!

Penawaran penerbangan domestik terus ke Sapporo, Fukuoka dan Okinawa sempena pelancaran ‘AirAsia Japan’ 10,000 tempat duduk dengan tambang rendah dari RM0.20 (¥ 5)

‘AirAsia Japan’, syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terbaru yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, hari ini melancarkan operasi penerbangan domestik dengan penerbangan harian ke Fukuoka, Okinawa dan Sapporo bermula 1 Ogos 2012.

Berpegang teguh pada slogan, ‘Kini Sesiapapun Boleh Terbang’, anak syarikat terbaru kepada AirAsia ini menawarkan promosi pertamanya dengan menawarkan 10,000 tempat duduk dengan tambang rendah dari RM0.20 (¥ 5).

Tokyo Airasia

Rangkaian domestik Jepun yang terbaru ini juga mempertingkatkan lagi akses para tetamu dari Malaysia ke negara itu. Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X, turut mengadakan promosi dengan menawarkan tambang rendah dari RM399 (¥ 14,000) sehala dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (Tokyo). Para tetamu dari Kuala Lumpur yang ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan yang disediakan ‘AirAsia Japan’ dapat berbuat demikian di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Promosi ini berlangsung dari 31 Mei – 3 Jun 2012, bagi tempoh perjalanan dari 28 Ogos – 28 November 2012. Tambang rendah hebat ini ini boleh didapati secara online di www.airasia.com, atau melalui telefon bimbit di mobile.airasia.com serta aplikasi AirAsia untuk Blackberry, iPhone dan Android.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Japan, Kazuyuki Iwakata berkata, “Objektif AirAsia Japan adalah untuk membangunkan pasaran LCC di Jepun, menjana permintaan baru dengan tujuan untuk menjadikan perjalanan udara yang berkualiti mampu dinikmati semua. Dalam kurang daripada satu tahun sejak penubuhan ‘AirAsia Japan’, kami amat berbesar hati melancarkan tiga destinasi domestik sebagai permulaan. 84 penerbangan mingguan ini dijangka dapat memenuhi permintaan daripada ahli perniagaan dan para pelancong untuk terbang ke di antara Sapporo, Fukuoka, Okinawa dan Tokyo.”

Walaupun telah berjaya mewujudkan rangkaian penerbangan yang jitu terutamanya di ASEAN, AirAsia tetap aktif dalam mencari lebih banyak peluang perniagaan di rantau ini. AirAsia melihat Jepun sebagai sebuah pasaran yang mempunyai potensi yang besar dan mencari rakan kongsi yang mempunyai pengaruh yang kukuh di pasaran Jepun untuk terus mengembangkan sayapnya. AirAsia mendapati kekuatan tersebut ada pada ANA, dan kedua-dua syarikat bersama-sama menubuhkan ‘AirAsia Japan’. Dengan usaha baru ini, ia dijangka menjadi faktor kuat yang akan menyumbang dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara ASEAN dan Jepun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Hari ini menandakan permulaan satu revolusi dalam pasaran aviasi domestik Jepun. Dengan pasaran penerbangan Jepun mengalami transformasi yang pesat dan pembangunan yang berterusan, kami yakin untuk mendapat sambutan yang sangat baik dan memainkan peranan yang besar dalam merangsang aktiviti pelancongan.

“Kami sentiasa percaya bahawa untuk mencapai kejayaan, asas yang kukuh adalah penting. Oleh itu, kami telah bertungkus-lumus sejak 10 tahun yang lalu bagi memastikan AirAsia mempunyai kapasiti yang diperlukan untuk pergi lebih jauh. Kami amat berbangga untuk menyatakan bahawa hari ini, AirAsia mempunyai rangkaian yang meluas di ASEAN, China, India dan Australia serta keupayaan untuk membawa pelawat antarabangsa dari serata dunia ke Jepun.”
‘AirAsia Japan’, yang ditubuhkan pada Ogos 2011, adalah anak syarikat terbaru dalam Kumpulan AirAsia. Rangkaian penerbangan di Jepun ini memberikan peluang bagi AirAsia untuk memacu pertumbuhan yang lebih pesat dan merendahkan lagi kos asas operasi, membolehkan orang ramai untuk terus menikmati tambang rendah yang menakjubkan.

Sebelum pelancaran ‘AirAsia Japan’, kumpulan itu telah meraikan sebuah lagi penubuhan anak syarikat pada Mac 2012, di mana ‘Philippines’ AirAsia’ telah dilancarkan.

‘Philippines’ AirAsia’ telah melancarkan penerbangan sulungnya dari Clark ke destinasi pelancongan domestik yang popular seperti Kalibo dan Davao. Pada April 2012, syarikat penerbangan itu menambah satu lagi destinasi dari Clark ke Puerto Princesa. ‘Philippines’ AirAsia’, yang telah menerima Sijil Perakuan Pengendali

Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) pada bulan Februari 2012, menghidangkan pasaran Filipina dengan penerbangan serantau dan domestik.

AirAsia X, anak syarikat AirAsia yang mengendalikan servis penerbangan tambang rendah jarak jauh, menyediakan tujuh penerbangan terus dalam seminggu dari Kuala Lumpur ke Tokyo melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, dan empat penerbangan seminggu ke Osaka melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai; menawarkan para tetamu dari rantau Asia Tenggara akses yang jitu kepada sektor-sektor domestik ‘AirAsia Japan’ yang baru dan sebaliknya.
Ikuti AirAsia di laman media sosial melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) untuk perkembangan terkini, promosi, aktiviti dan banyak lagi.

Tokyo Airasia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Etnik Sarawak Aku Anak Rumah Panjang

Schwarzkopf Tembusi Pasaran Malaysia