in

Telemovie Etnik Sarawak Aku Anak Rumah Panjang

Telemovie Etnik Sarawak : Aku Anak Rumah Panjang di TVi

Telemovie etnik Sarawak, Aku Anak Rumah Panjang yang bakal disiarkan RTM menerusi saluran TVi pada 2 Jun ini, jam 12.00 tengah hari nyata menonjolkan kelainan apabila mengangkat kisah perkahwinan antara pasangan kekasih berbeza kaum melibatkan kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.

Menampilkan pelakon Mahmud Ali Basha, Saeit Ahmad, Adam Yusuf, Liyana Eskal Eyau, Mohd Farid, Hasanah Hashim dan Hanson T.Rapah, drama ini menyorot kisah William Atop, dari suku kaum Iban terpaksa pergi ke luar negara atas urusan perniagaan bersama isterinya, Elizabeth Timpang, dari suku kaum Bidayuh. Sebelum keluar negara, Ronny meminta anaknya, Leo Atop, menghabiskan cuti semesternya dengan pergi kesebuah kampung di Sarawak sekaligus bertemu dengan seorang tuai rumah panjang Iban di kampung itu.

Telemovie Aku Anak Rumah Panjang

Leo keberatan untuk memenuhi hasrat bapanya itu kerana seumur hidupnya dia tidak pernah tahu tentang kampung di Sarawak apatah lagi tentang tuai rumah panjang Iban. William mengugut tidak akan membeli kereta yang dijanjikan sekiranya Leo keberatan untuk memenuhi permintaannya. Leo tertanya kenapa bapanya tiba-tiba memikir tentang kampung di Sarawak itu? William tidak mahu memberi penjelasan panjang. Dia hanya memberitahu tuai rumah panjang itu terlalu banyak berjasa kepadanya.

Penjelasan William gagal menarik minat Leo untuk ke bumi Kenyalang. Dia tidak memberi kata putus sehingga dia terpandang Zara, gadis Melayu yang dicintainya secara diam menaiki kereta Kimmy, teman sekelasnya. Melihat Zara duduk di sebelah Kimmy, membuak-buak cemburu di hatinya, segera dia ingin memiliki kereta sendiri bagi memenangi hati Zara.

Pulang ke rumah, Leo memberi persetujuan kepada William untuk ke kampung yang dikatakan bapanya. Demi kereta idamannya, Leo memaksa dirinya memijak bumi Sarawak. Leo seperti kena kejutan melihat kampung halaman tuai itu. Tiba-tiba dia menjadi ngeri dan geli. Dia segera menyampaikan hadiah yang diberi oleh bapanya kepada tuai Atop, dan isterinya, Luma. Sebaik melihat hadiah yang dihulur Leo, segeralah Atop menangkap bahawa Leo adalah anak kepada William, anak yang telah berbelas tahun menghilang diri kerana perkahwinannya dengan gadis Bidayuh tidak direstui.

Konflik berlaku bila Atop dan Luma berebutkan Leo dengan nenek dan datuk daripada sebelah ibunya yang dikenali sebagai Dagok dan Sabi. Mereka masih bermusuh kerana tidak merestui perkahwinan William dan Elizabeth yang dianggap menentang adat kepercayaan kaum mereka.

Di tengah-tengah persengketaan itu, Leo pula tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan. Ke manakah Leo menghilang? Dapatkah Leo menjadi penyelamat dan menyatukan mereka kembali? Saksikan kesudahannya dalam Aku Anak Rumah Panjang hanya di TVi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Buloh Inn Mengenang Tan Sri P.Ramlee

AirAsia Lebarkan Sayap Ke Jepun