in ,

Aiman Tino Sanggup Ditampar Demi Watak dalam Mak Cun

DEMI mendalami watak Kumin dalam drama bersiri, Mak Cun, penyanyi muda popular, Aiman Tino sanggup ditampar berulang kali bagi mendapatkan emosi watak tersebut.

Pada mulanya, Aiman yang pertama kali berlakon mengakui terkejut dengan pendekatan yang digunakan pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud itu.

Aiman Tino

Namun, pelantun lagu Sesat Dalam Rindu itu tetap bersikap positif selain berpendapat bukan mudah untuk bergelar seorang pelakon.

“Saya kena berlakon adegan marah sambil menangis. Macam mana itu? Jadi Kak Fazlina bantu saya dapatkan emosi itu. Mula-mula terkejut sebab kena tampar tapi saya tahu itu demi lakonan,” kata Aiman.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perasaan Aiman ketika ditampar, dia mengakui tidak marah sebaliknya faham akan kehendak watak itu.

“Tak marah pun, sebab saya sangat faham kehendak watak itu. Ingat senang berlakon tapi susah sebenarnya. Saya sangat seronok dan teruja dengan dunia lakonan,” ujarnya.

Tambah Aiman, dia sama sekali tidak menyangka dan tidak percaya apabila gurauan ibunya iaitu Hazelina berbual dengan Erma Fatima yang mahukan dirinya berlakon dalam siri popular, Mak Cun menjadi kenyataan.

“Ibu saya saja bergurau tapi selepas itu, saya dapat tawaran tersebut. Tak kan nak tolak? Peluang dan rezeki tu,” katanya.

Aiman Tino

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Padi Reborn Exclusive Live In KL

Ada Sebab AirAsia Bekerjasama dengan Plug and Play