in , ,

Ahli BIG Kini Boleh Menggunakan Big Poin Untuk Menebus Kursus Digital di Airasia Academy

Dapatkan 10 kali ganda BIG Poin untuk pendaftaran kursus Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) atau Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) bermula hari ini hingga 31 Oktober 2021

Dalam usaha untuk terus menjadikan ilmu dan pembelajaran sesuatu yang mudah diakses untuk semua, airasia academy (sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Academy), cabang pendidikan teknologi airasia Digital hari ini mengumumkan bahawa ahli BIG boleh menggunakan BIG Poin mereka untuk menebus sebarang kursus di redbeatacademy.com

Dr. Ram Gopal, Pengarah Strategi dan Inovasi airasia academy berkata, “Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyediakan satu akses mudah kepada semua yang berminat untuk mempelajari atau menambah baik kemahiran mereka. Kami berbesar hati untuk memberi peluang kepada ahli BIG untuk menebus sebarang kursus yang tersedia di platform kami menggunakan BIG Poin mereka. Sebagai sebahagian daripada ekosistem airasia yang kini merupakan platform digital perjalanan dan gaya hidup, kami terus memperkukuh usaha digitalisasi kami dengan memanfaatkan mata wang kesetiaan digital oleh anak syarikat kami iaitu BIG Rewards. Melalui usaha ini, kami dapat bekerjasama untuk menawarkan nilai terbaik, lebih pilihan dan membuka peluang baharu secara keseluruhan untuk pengguna airasia.”  

Ahli Big Kini Boleh Menggunakan Big Poin Untuk Menebus Kursus Digital Di Airasia Academy

airasia academy juga menawarkan 10 kali ganda BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) atau  Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) sepanjang bulan Oktober 2021 ini.  

Ahli BIG yang menebus Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) akan mendapat akses kepada lebih 150 jam kandungan pendidikan untuk dipelajari pada bila-bila masa. Ahli BIG juga boleh menebus kursus seperti Pemasaran Digital, Penganalisis Data, Reka Bentuk UX, Perisian Kejuruteraan, Keselamatan Siber dan banyak lagi melalui platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) di airasia academy.  

Langganan untuk Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) bermula daripada serendah RM35 setiap bulan dengan lebih 150 jam kandungan pendidikan termasuk teknologi, perniagaan dan keusahawanan, kepimpinan, gaya hidup (seperti kandungan Feng Shui oleh Dato’ Joey Yap yang baru sahaja tersedia), komunikasi, pendidikan, kewangan, seni dan banyak lagi. Pendaftaran untuk kursus platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) termasuk kursus untuk menambah baik dan mempelajari kemahiran baharu, pengesahan pembelajaran (micro-credential), dan berkaitan perniagaan daripada universiti terkemuka bermula daripada serendah RM100. Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau klik pada ikon ‘Academy’ di airasia Super App.   

Baru-baru ini, airasia academy telah melancarkan forum di laman web redbeatacademy.com bertujuan untuk membina komuniti di mana individu boleh bersembang untuk mengetahui maklumat terkini bagi promosi dan kursus baharu, berhubung dengan tenaga pengajar airasia academy untuk sebarang pertanyaan, mencadangkan kursus yang mereka inginkan disediakan di platform airasia academy dan lain-lain. 

Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau ikuti airasia academy di Facebook, airasia academy di Instagram dan airasia academy di YouTube.

Mengenai airasia academy (Sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Academy)

airasia academy adalah pusat teknologi sehenti, kepimpinan dan inovasi bertujuan untuk memacu ekonomi digital di rantau ASEAN. Bersama-sama Google Cloud, airasia academy merupakan penganggu industri dalam pendidikan konvensional dengan merapatkan jurang antara pendidikan pengajian tinggi dan kemajuan industri di rantau ASEAN. 

airasia academy memenuhi keperluan kemahiran terkini dengan menambah baik tenaga kerja sedia ada dengan industri yang relevan pada hari ini, menjadikan para pelajar kami berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan pada masa yang sama melengkapkan mereka dengan set kemahiran yang diperlukan pada era ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 23

“Saya Akan Menunggu Waktu Yang Terbaik,” – Neelofa Masih Berteka-Teki Dakwaan Hamil

Sissy Imann | 24

TV3 Anjur Pertandingan Idola Kecil Di Rumah, Ini Senarai Peserta Yang Bertanding