in ,

Koleksi Pakaian Penyanyi Afgan AREZ. CO Boleh Dibeli di FASHIONVALET

Sebagai platform e-dagang popular di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita dan baru-baru ini pakaian lelaki dari jenama tempatan seperti Pestle & Mortar, Bowerhaus, Lan Baharin, FattahAminxFar8, Cape Cod, East India Company dan pelbagai lagi, adalah menjadi sebuah penghormatan buat FashionValet untuk mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza.

Afgan AREZ. CO Boleh Dibeli di FASHIONVALET

Fashionvalet Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, Afgan, Arez. Co.

Diberi nama Arez. Co., jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil dari nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini. Peminat merupakan sebahagian dari hidupnya sepanjang proses kreatif jenama beliau.

“Saya sentiasa memikirkan tentang para peminat saya sepanjang melaksanakan koleksi ini,”ujar Afgan.

Jenama ini memberi fokus kepada penghasilan barangan yang unik dan berkualiti tinggi bermula dengan koleksi pakaian. Dengan itu, Arez. Co. telah disokong oleh pasukan kreatif yang mampu menterjemahkan idea Afgan kepada barangan unik.

Penggunaan kapas buluh digunakan dalam koleksi ini dan logo ‘signature’ berbentuk kaca mata diperlihatkan sebagai perlambangan tanda untuk koleksi Afgan.
Koleksi Arez. Co. memperlihatkan kebanyakkan kemeja T dengan tema kasual dan santai. kemeja T ‘unisex’ ini boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan. Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu kurang dari RM150 setiap helai. Koleksi Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu,hitam dan putih) dengan tujuan untuk sesuaipadankan dengan kepelbagaian dari denim ke seluar slack. Koleksi-koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di www.fashionvalet.com dan di kedai rangkaian mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.

Ini bukan merupakan kerjasama pertama antara FashionValet dan penyanyi tersebut. Sebelum ini FashionValet pernah menjadi penaja utama konsert Afgan yang berlangsung di Singapura pada 20 November 2016.

“Pihak kami bertemu Afgan sewaktu konsertnya tahun lalu dan mempunyai koleksi pakaiannya di platform kami merupakan kesinambungan perhubungan yang menarik antara beliau dan FashionValet. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati dengan pemilihannya untuk pihak FashionValet melancarkan dan mempamerkan jenamanya secara eksklusif,” komen Vivy Yusof selaku pengasas bersama FashionValet.

“Kami memasarkan koleksi ini ke seluruh dunia dan bukan hanya untuk peminat di rantau ini,” tambahnya.

Pelancaran rasmi akan diadakan di stor FashionValet Pavilion, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2017 dan Afgan sendiri akan hadir di acara ini. Sesi ‘meet and greet’ istimewa akan diadakan buat para pelanggan dan peminat yang berpeluang bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka.

Afgan AREZ. CO Boleh Dibeli di FASHIONVALET

Afgan AREZ. CO Boleh Dibeli di FASHIONVALET

Afgan AREZ. CO Boleh Dibeli di FASHIONVALET

Tentang FashionValet

FashionValet merupakan destinasi online utama di Asia Tenggara bagi jenama-jenama Asia untuk penjualan fesyen pakaian, kasut serta aksesori yang bertujuan untuk membawa trend fesyen terkini ke pintu rumah anda. Ditubuhkan pada 2010 oleh blogger terkenal, Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin Anuar, FashionValet menawarkan pelbagai pilihan ‘ready-to-wear’, dari pakaian Muslimah hingga ke pakaian dalam dan renang, mempunyai penghantaran cepat dan pengalaman pengguna yang terbaik di seluruh dunia, Dengan rangkaian pejabat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, FashionValet dengan bangganya membawa jenama tempatan dan pereka fesyen dari seluruh Asia Tenggara dan bertindak sebagai platform utama dari pelbagai negara. Pada tahun 2012, MYEG, salah satu syarikat Internet dalam senarai awam di Asia Tenggara telah melabur untuk FashionValet selepas pengasas mereka berjaya mengatasi 40 pesaing lain untuk memenangi MYEG ‘Make The Pitch’ .Selama beberapa tahun, mereka memperoleh siri pelaburan dari Elixir Capital yang berpangkalan di Silicon Valley dan Zozotown, yang merupakan pusat beli belah online fesyen terkemuka di Jepun. Lawati web www.fashionvalet.com dan rangkaian stor fizikal di Bangsar Village II dan Pavilion Kuala Lumpur serta 313 @Somerset Singapura.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Telemovie GELAP Lakonan Sharnaaz Ahmad & Beto Khushairy

Nickelodeon Lost Lagoon Turns One!