in , ,

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali

Akhirnya, segala rahsia, spekulasi dan kontroversi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terjawab semasa sidang media tergempar pada petang tadi.

Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan Wawa Zainal adalah suami-isteri sejak tahun lalu dan bukanlah sebagai teman rapat seperti mana pengakuan mereka sebelum ini. 

Bayi bernama Ahmad Fakhruddin Attar ialah sah anak mereka. Budiey pasti ramai dari pembaca sekalian yang ingin melihat gambar anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Mesti comel kan anak Aeril + Wawa? Korang rasa?

Pada hari ini, rata-rata media yang hadir sangat terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Suhari di restoran Western 114, di Neo Damansara jam 3 petang tadi. Aeril tampil ke sidang media bersama isterinya Wawa, bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong, peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria dan pengurus Aeril, Shahriman Wahap.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali

Sebab-Sebab Mengapa Aeril Zafrel & Wawa Zainal Terpaksa Nikah Dua Kali

[dropcap]A[/dropcap]eril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. Aeril juga menjelaskan sebab-sebab mengapakah mereka bernikah tanpa mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada di negara ini, Aeril menjelaskan yang dia mendahulukan undang-undang Allah daripada undang-undang manusia kerana mahu sebuah hubungan yang halal di sisi Islam.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab. Anak saya lahir pada 24 Ogos lalu. Semuanya betul seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut. Saya mula berkenalan dan bercinta dengan Wawa pada 2010 sewaktu kami berlakon dalam drama Klik. Tapi ketika itu pihak pengurusan Wawa iaitu MIG tidak membenarkan berkawan apatah lagi bercinta.”

– Aeril Zafrel

Aeril Zafrel dan Wawa telah bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua pada 4 Februari 2013 lalu iaitu hampir setahun selepas pernikahan pertama.

“Dan demi Allah, pada 25 Februari 2012 saya Aeril Zafrel dan Wawa telah bernikah. Bukan seperti yang kalian dakwa sebelum ini. Pernikahan kami sah. Kami bernikah sebanyak dua kali? Pernikahan kali pertama adalah sebagai menghalalkan perhubungan kami. Kami tak ada surat nikah untuk penikahan pertama itu. Dan selepas saya dapat tahu Wawa mengandung, kami bernikah semula pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di-binkan dengan nama saya. Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia.”
Pernikahan kali pertama Aeril Zafrel & Wawa Zainal diadakan di rumah keluarga pengurus Aeril yang terletak di Petaling Jaya. Majlis tersebut turut dihadiri oleh saksi dan wali iaitu bapa Wawa sendiri dan seorang Imam yang dibawa dari Sabah. Manakala pernikahan kali kedua, pasangan ini bernikah di Masjid Jumuriah Taman Dato Harun dan mereka dinikahkan oleh Imam masjid tersebut.

Laporan Sisipan BPop Berita Harian Adalah Betul

[dropcap]T[/dropcap]erdahulu, Ahad lalu ruangan sisipan akhbar Berita Harian, Bipop telah melaporkan Aeril Zafrel bernikah dengan  pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap  pada 4 Februari lalu dan Wawa telah melahirkan seorang bayi pada 24 Ogos lalu. Bayi seberat seberat 3.12kg pada jam 9.25 pagi, di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur.

[pullquote align=”right”]Pernikahan kali pertama Aeril Zafrel & Wawa Zainal tak ikut undang-undang tetapi SAH di sisi Syariah kerana tepati Rukun Nikah; nikah kali kedua mengikut proses & prosedur undang-undang negara apabila Wawa dapati dirinya hamil sekitar Januari.[/pullquote]

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Nama bapa bayi tersebut direkodkan sebagai Suhairil Suhari, dipercayai nama sebenar Aeril. Nama ibu diberikan sebagai Nur Hawa Zainal Abidin, turut dipercayai nama sebenar Wawa dengan tarikh lahir sama, 12 Mac 1992.

Keadaan sidang media menjadi tegang dan ‘panas’ apabila Aeril dan Wawa cuba menarik tali dengan media dan mereka tidak mahu berterus terang dan cuba membuat media keliru. Peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria mengulas mengenai tindakan mahkamah yang dikatakan akan diambil oleh Aeril masih dalam siasatan lagi.

“Masih belum ada keputusan lagi kerana untuk tindakan yang melibatkan mahkamah, semua perkara perlu diteliti di segenap aspek. Semuanya masih dalam siasatan lagi,”

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mohon Maaf Pada Peminat Sebab Terpaksa Tipu Pasal Kahwin

[dropcap]D[/dropcap]i sidang media itu juga, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memohon maaf kerana menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri atas dasar darurat. Darurat dalam erti kata lain, Wawa takut dengan majikannya, David Teo. Aeril berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan menjadi bocor dan dilaporkan oleh pihak media.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan berkata tujuan mereka menyembunyikan status pernikahan itu adalah berpunca daripada peraturan MIG yang melarang artis naungan syarikat itu untuk bercinta. Untuk rekod, Aeril pernah menjadi artis MIG tetapi mengambil keputusan untuk keluar sebelum tamat kontrak kerana ingin mendalami ilmu agama Islam selain mengambil keputusan untuk berdikari.

“Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Pada perancangan asal, kami ingin mengumumkan status perhubungan ini dua tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2015. Jadi saya menghormati permintaan Wawa untuk merahsiakan perkara ini kerana takut dimarahi pihak pengurusan. Tetapi tidak sangka pula perkahwinan kami dilaporkan lebih awal. Di awal fasa perkenalan saya dengan Aeril, saya memberitahu pihak pengurusan yang saya sedang berkawan dengan Aeril. Tapi pihak pengurusan melarang saya buat macam tu. Berkawan tidak boleh, apatah lagi bercinta atau pun berkahwin. Jadi tindakan kami merahsiakan perkara ini sebab rasa hormat kepada pihak pengurusan saya dan atas dasar menghormati kontrak saya bersama mereka.”

Dalam majlis itu, kedua-dua pasangan ditemani bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong, pengurus Aeril, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria. Majlis yang dipenuhi pihak media itu agak tegang apabila Aeril pada mulanya banyak berkias dalam memberikan setiap jawapan sehingga sikapnya itu ditegur oleh para wartawan.

Aeril Zafrel Nafi Terlanjur Dengan Wawa Zainal

[dropcap]A[/dropcap]eril mengaku dia rasa sangat sedih apabila anaknya dianggap sebagai anak tidak sah taraf gara-gara sembunyikan pernikahan. Namun, Aeril berkali-kali menafikan dakwaan media yang mengatakan dia dan terlanjur dengan Wawa Zainal. Wawa yang tampil bertudung litup menjawab setiap persoalan dengan berterus terang namun ada beberapa masa air matanya bergenang selepas diasak pelbagai soalan

Dalam sidang media berkenaan Aeril mendedahkan mereka telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari lalu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya di sini.

Wawa Kena Sihir Semasa Wawa mengandung Itu Betul 

[dropcap]J[/dropcap]ika sebelum ini Wawa Zainal kata dia terkena sihir dan buatan orang dan pada masa yang sama Wawa mengandung. Satu lagi persoalan yang timbul, adakah Wawa sengaja mengada-adakan cerita atau ianya satu kebenaran. Wawa menjawab, ini adalah benar.

“Di sini juga saya ingin menjelaskan yang memang benar saya terkena penyakit misteri. Ada pihak meragui saya. Bapa saya yang hadir pada hari ini juga boleh mengesahkannya. Adik beradik saya seramai lima orang juga terkena dengan penyakit ini. Apabila saya sakit, ada individu lain yang masuk ke dalam tubuh saya dan saya menyedari perkara ini. Selama saya sakit, saya berubat di kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Akhirnya, penyakit saya pulih sebelum saya melahirkan anak saya.”

Foto & Gambar Sekitar Sidang Media Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Melly Goeslaw & Anto Hoed Let’s Talk About Love

Malaysian Toon Festival 2013