in

Hotel Review: Adagio Liverpool City Centre Sebuah Penginapan Praktikal

Terbina di kawasan pusat kota Liverpool, salah sebuah bandar paling popular United Kingdom, Adagio Aparthotel Liverpool merupakan sebuah pusat penginapan praktikal yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu penginapan terbaik di Liverpool, ia nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya khasnya yang berkeluarga. Lagipun, jenama Adagio merupakan salah satu jenama penginapan yang sangat popular di sana.

ADAGIO LIVERPOOL CITY CENTRE-7332

Mempunyai lokasi yang strategik di Liverpool, ia mudah ditujui kerana berada di tengah kota dan terletak betul-betul di sebelah stesen keretapi Liverpool Central. Diperhebatkan lagi dengan senireka bangunannya yang klasik, pasti ramai yang sukakan senireka penginapan berprestij ini.

Berbekalkan bilik berkonsep studio dan pangsapuri satu bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, ia turut menawarkan pemandangan kota Liverpool yang tidak kurang hebatnya.

Seperti kebanyakan penginapan berkonsep pangsapuri masa kini ia juga mempunyai kemudahan lain seperti mesin basuh, pengering, sambungan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet dan juga pusat kesihatan untuk bersenam. Terdapat pilihan pangsapuri berkonsep studio dan juga yang mempunyai satu bilik tidur bersesuaian dengan jumlah tamu yang menginap (pasangan, solo atau berkeluarga).

Oleh kerana ia di pusat kota, ia juga tidak jauh dari restoran Halal bagi tamu beragama Islam yang ingin mencari tempat makan.

Jadi tamu boleh bersiar-siar bersama keluarga berdekatan kawasan ini sambil menikmati ketenangan yang tidak terlalu sibuk sepeti di pusat bandar. Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan membeli-belah dan pelancongan.

Andai tercari-cari penginapan yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Adagio Liverpool City Centre di Liverpool, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi!

ADAGIO LIVERPOOL CITY CENTRE-7332

ADAGIO LIVERPOOL CITY CENTRE-7332

ADAGIO LIVERPOOL CITY CENTRE-7332

ADAGIO LIVERPOOL CITY CENTRE-7332

Penginapan praktikal dan cantik di Adagio Liverpool City Centre
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Hyatt Regency Yogjakarta

Promosi SELERA MUHIBAH Anjuran RED BOX PLUS Bersama AWANG BRAND