in ,

Review Hotel Hyatt Regency Yogjakarta

Tersenarai sebagai salah satu hotel terbaik di Yogyakarta, Hyatt Regency Yogjakarta benar-benar merupakan sebuah simbol kemewahan dan kelas. Dengan lokasi ideal di kawasan yang tidak terlalu jauh dari pusat kota dan masih berada di kawasan alam semulajadi yang tenang, hotel ini menawarkan jalan keluar dan masuk, ke kawasan terpenting sekitar Yogjakarta.

Dilengkapi dengan 269 aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap taman, dan bilik-bilik lain yang mungkin menawarkan pemandangan Gunung Merapi, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing.

Yogya_Garden_View_King

Untuk sedikit senaman sambil menikmati pemandangan, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia dan dihiasi dengan senireka tradisional yang unik sambil menikmati minuman di sebelahnya. Jika malas berenang, para tamu juga boleh berjalan-jalan di taman hotel ini yang sangat indah dan menenangkan.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apakata anda singgah di Kemangi Bistro yang menghidangkan pelbagai menu tempatan Indonesia dan antarabangsa yang menarik. Para pengunjung juga boleh mencuba sajian di Bogey’s Teras sambil melihat pemandangan hijau padang golf. Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Paseban Lounge.

Lebih istimewa adalah Pasar Malam Ramayana setiap Sabtu malam yang merupakan himpunan gerai-gerai di tepi kolam renang yang menyajikan makanan tradisional Indonesia dan diselang-selikan dengan persembahan kebudayaan tarian Ramayana. Ini merupakan satu pengalaman makan yang berbeza daripada kebanyakan hotel lain.

Tersedia juga beberapa dewan dan ruangan khas buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain.Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium dan macam-macam lagi). Terdapat juga padang golf buat peminat golf. Sebuah sauna juga ada tersedia untuk mereka yang mahu berehat selepas bermain golf.

Jika anda mahu dimanjakan di spa pula mereka mempunyai sebuah spa yang menawarkan pelbagai jenis teknik urut untuk memenuhi keperluan setiap tamu.

Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategikdi antara ketenangan flora dan fauna, persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini!

By9P9762

Yogya_Garden_1

Yogya_Pool_2

Kemewahan di tengah Alam Semulajadi di Hyatt Regency Yogjakarta
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Lancar Single Solo Kedua Berjudul SAHABAT

Hotel Review: Adagio Liverpool City Centre Sebuah Penginapan Praktikal