in , ,

Ada Sebab Sissy Iman Pilih Faizal Tahir

Bekas peserta program Big Stage iaitu Sissy Imann teruja dapat bekerjasama dengan Faizal Tahir apabila dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman Faithful Music milik penyanyi dan komposer terkenal itu.

Sissy atau Imann Mohammad Kamil, 23, berkata, dia tertarik untuk menjadi artis naungan Faizal kerana penyanyi itu memahami arah tuju muziknya selain banyak memberinya kebebasan dalam berkarya.

Sissy Imann yang terkenal dengan lagu Mungkin Kamu sebelum ini berjaya menjulang trofi kemenangan Lagu OST Pilihan DFKL 2016.

Tahniah Sissy Imann penyanyi lagu Mungkin Kamu akhirnya berjaya menjulang trofi kemenangan Lagu OST Pilihan DFKL 2016 malam ini.Congrats @sissyimann Nantikan video temubual kami di saluran Youtube Budiey.com : www.youtube.com/budiey27 #budieyatwork #sissy

“Paling penting Faizal tidak pernah mahu saya menjadi orang lain… Itu sesuatu yang sangat saya hargai sebagai seorang pemuzik dan penyanyi.

“Pun begitu, Faizal banyak memberi tunjuk ajar dalam memastikan saya tidak tersasar dari landasan selain beliau suka untuk mendengar pandangan daripada orang lain.

“Faizal seorang yang memahami setiap artis di bawahnya dan itu membuatkan saya selesa dan memilih untuk menjadi artis naungannya,”

– Sissy Imann

Dalam pada itu, Sissy menyangkal dakwaan keputusannya itu disebabkan faktor dia dilihat sebagai peserta kegemaran Faizal ketika bertanding dalam Big Stage.

Jelas Sissy, tawaran itu sebenarnya sudah dibuat pihak Faithful Music sebelum dia menyertai program itu namun tidak memberi jawapan segera kerana ingin berfikir terlebih dahulu.

“Sejujurnya Faithful Music sudah melamar saya untuk menjadi artis dibawah naungan syarikat itu sebelum saya menyertai Big Stage lagi.

“Tetapi saya tidak memberi sebarang keputusan kerana perlu berfikir terlebih dahulu memandangkan ketika itu ada juga syarikat lain yang turut membuat tawaran serupa.

“Selain itu ketika saya ingin memberi tumpuan kepada Big Stage dan Alhamdulillah selepas selesai pertandingan itu barulah saya buat keputusan tersebut,”

– Sissy Imann

Sissy bakal melancarkan single terbaharunya tidak lama lagi.

Sementara itu, Sissy memberitahu single pertamanya bersama Faithful Music sudah pun siap dan ia dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Kata Sissy, untuk lagu terbaharunya itu dia bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Faizal bersama tiga komposer lain iaitu Ezra Kong, Mike Chan dan Romeo.

“Saya juga terlibat dalam pembikinan lagu itu… Kiranya ia proses ‘berjemaah’ tetapi ia banyak memberi pengalaman baru kepada saya selain banyak ilmu yang saya kutip hasil kolaborasi ini.

“Saya memang teruja sangat dengan lagu ini kerana ia sangat menggambarkan siapa diri saya dan paling penting ia sebuah lagu mesra radio,”

– Sissy Imann

Good luck buat Sissy Imann. Moga sukses. Kalau single terbaharu ni berjaya dapat sambutan, jangan lupa belanja abang Budiey roti canai tau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BUKU Q101 Tawar Melancong Ke Luar Negara Bersama Hyunmin-A

Sharnaaz Ahmad Rancang Kewangan Jebat