in , ,

Ada Sebab Mira Filzah Tidak Akan Adakan Malam Berinai

Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dijangka tahun ini, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah memberitahu dia tidak akan mengadakan malam berinai menjelang majlis perkahwinannya nanti.

Mira Filzah memaklumkan perkara itu apabila ada peminat bertanyakan di Instagram sama ada majlis berinai pelakon itu bertemakan Bollywood susulan tindakan Mira memuat naik gambarnya memakai busana tradisional kaum India.

Susulan jawapannya, rata-rata peminat memuji pelakon itu yang tidak terpengaruh mahupun terikut-ikut dengan budaya perkahwinan masyarakat luar.

Ada Sebab Mira Filzah Tidak Akan Adakan Malam Berinai

Baru-baru ini, foto yang dikongsikan oleh Mira Filzah menjadi perhatian ramai di media sosial apabila tampil menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India.

Ada netizen yang kurang senang dengan tindakan Mira sehingga menuduh pelakon itu mempergunakan serta mengeksploitasi pakaian tradisional kaum India demi mengaut keuntungan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah | 17

Cari Duit dengan Pakai Seksi, Siti Sarah Bidas Balik Bila Ada Netizen Ungkit Masa Lalu

Tim Cook | 18

Apple Store Ketiga Di Singapura Adalah Yang Pertama Terapung Di Permukaan Air