in ,

Acong Sweet Child Kini Penyampai Radio Pi Mai FM

David Low merupakan antara penyampai terawal yang sama-sama menaikkan Pi Mai FM. Sepanjang tempoh beliau bersama keluarga Pi Mai FM, pelbagai kenangan manis diharungi bersama sejak Pi Mai FM mula beroperasi sehinggalah ke hari ini. David Low bukan sahaja seperti abang kepada semua penyampai di sini, tetapi beliau juga antara tempat rujukan untuk penyampai-penyampai Pi Mai FM yang lain, memandangkan beliau merupakan yang berpengalaman dalam industri penyiaran radio.

Acong

Perginya beliau hari ini bukan bermaksud hubungan antara David Low dan Pi Mai FM akan terputus. David Low akan terus memberi sokongan beliau kepada Pi Mai FM dan tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, suara David Low akan kembali berkumandang di Pi Mai FM.

“Diharap dengan penampilan baru Pi Mai Pagi ini dapat memberi lebih keceriaan kepada pendengar-pendengar utara khususnya pendengar di Pulau Pinang. Saya juga berharap, Pi Mai FM akan terus menjadi pilihan utama orang utara” kata Mira Sakhia – Pengurus Rancangan Pi Mai FM.

Tempat David Low di Pi Mai Pagi bakal digantikan dengan nama baru yang akan menceriakan pagi pendengar setia Pi Mai FM. Nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, Ahmad Fauzi Bin Manat atau lebih dikenali sebagai Acong. Mula dikenali sebagai vokalis kumpulan Sweet Child pada tahun 1995, beliau terus mengorak langkah sebagai anak seni.

Bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi, beliau juga turut berlakon dalam beberapa buah drama tempatan seperti Edisi Khas, Halimah Jongang, Memintas Seribu Bulan dan banyak lagi. Antara filem lakonan beliau pula adalah Malam..Penuh Bermisteri (2013) dan Hello (2013). Selain itu juga, beliau pernah menyertai Maharaja Lawak Mega Musim Pertama. Bakatnya bukan sahaja setakat itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan I-Klon, Akua Extream (Musim 6 & 7), dan Sentuhan Ikon TV terbitan RTM.

Acong bukan berseorangan untuk menceriakan pendengar pagi Pi Mai FM. Beliau akan ditemani seorang lagi penyampai baru. Pagi di Pi Mai FM akan diserikan dengan satu-satunya penyampai wanita. Dengan meletakkan mereka berdua sebagai penyampai pagi, pastinya ini ganjaran bagi pendengar setia Pi Mai FM , semua akan terhibur dengan telatah dan celoteh dari mereka.

Acong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amir Raja Lawak Selamat Bertunang Dengan Intan

Jue Aziz dalam Drama Bersiri Serpihan Hati