in , , ,

Achey Sedih Dengan Konflik Berterusan Ali & Nor Hidayah

PELAWAK, pelakon dan penyanyi, Achey mengakui sedih apabila konflik antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya yang juga isteri Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali kembali hangat.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah ketika ditemui berkata, dia dan rakan seperjuangannya, Fad Bocey sudah menyarankan kepada kedua-dua belah pihak supaya membincangkan konflik itu secara tertutup. 

“Sedih apabila perkara ini berlaku. Saya dan Fad ada menghubungi kedua-dua belah pihak dan menyarankan agar perbincangan diadakan secara musyawarah. 

“Kita ada hukum Islam yang boleh diikuti dan dengan itu, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Namun, nampaknya saranan kami tidak diterima,”

– Achey

Tambah Achey yang juga anggota kumpulan Bocey, dia tidak mahu kemelut yang berlaku ini memberi kesan kepada anak arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

“Bukan apa. Kalau kemelut ini berterusan saya takut ia memberi kesan kepada Hamzah apabila dia sudah dewasa nanti. 

“Tapi, saya dan Fad pun ada batasan kerana kami tak boleh terlalu masuk campur memandangkan kami bukanlah ahli keluarga,”

– Achey

Konflik timbul apabila Ali memfailkan saman balas terhadap Hidayah yang mengaku dia memindahkan wang dari akaun bank Abam sebanyak RM10,000 selain mengambil empat jam tangan milik arwah. 

Achey ditemui di majlis sidang media filem TV (FTV) lakonannya berjudul Frontliner.

Sumber: Harian Metro 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DR. JASON LEONG: HASHTAG BLESSED Launches Sept 16 On Netflix

Masya Masyitah Bayar Tunai Kondo RM300,000 Hasil Menabung