in ,

Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang

[dropcap]K[/dropcap]onsert penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang (BMB) yang telah berlangsung pada malam Ahad yang lalu (19 Mei 2013) menyaksikan 3 peserta tercorot, Kelawak (Raja Azura), Tocai (Senario) dan Big Too (Sabri Yunus) meninggalkan pentas BMB.

Dengan itu, BMB turut mengumumkan Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Bowl (Afdlin Shauki) melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal bersaing dengan 3 peserta terbaik daripada Kumpulan B. Konsert BMB juga meraikan hari jadi sifu Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail (19 Mei) dan juga Mazlan Senario (hari jadi Lan terjatuh pada 20 Mei).

Konsert Penentuan Kumpulan A telah menyingkirkan Kelawak (195.4 markah), Tocai (206.88) dan Big Too (214.42) manakala Achey (300.03), Tapaw (238.13) dan Bowl (215.14) melangkah ke pusingan ke-2 (separuh akhir). Juara untuk konsert ke-4 Kumpulan A merupakan Achey, anak didik kepada Harun Salim Bachik dengan 77.8 markah, markah keseluruhannya 300.03. Achey telah memenangi sebuah kamera Canon ixus 135

Big Too hanya ketinggalan 1 markah untuk mara ke pusingan seterusnya. Walaupun ketinggalan, semangat tinggi yang ditunjukkan oleh Kelawak, Tocai, Big Too dan Bowl dalam mempelbagaikan dan mewarnai persembahan menerima pujian daripada sifu masing-masing dan juga barisan juri professional.

Tocai 1

Kelawak 2

Bowl 2

Big Too 2

Tapaw 1

Achey 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red Bull Bc One Cypher Malaysia Kini Kembali

Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids