in , ,

Achey & Harun Salim Bachik Hos Kintang Kintung

Anda merindui kelatah Juara Bintang Mencari Bintang, Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik yang cukup selamba dalam menyampaikan mesej menerusi persembahan sketsa kepada para penonton? Terbaru di TV3, saksikan gandingan mantap antara anak didik dan sifu, Achey & Harun Salim Bachik menerusi program variasi komedi KINTANG KINTUNG yang telah mula disiarkan pada 6 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 11.00 malam.

KINTANG KINTUNG menampilkan Achey dan Harun Salim Bachik sebagai hos akan membincangkan satu topik masyarakat yang menyentuh etika dan cara hidup masyarakat Malaysia yang sebelum ini diambil secara mudah pada setiap episod. Bersama dengan tetamu jemputan, mereka akan membincangkan isu tersebut secara spontan dan bersahaja tetapi akhirnya perkara ini harus mendapat perhatian.

Hos Kintang Kintung - Achey & Harun Salim Bachik (2)

[pullquote align=”right”]Meh Gelak Bersama Achey & Sifunya Harun Salim Bachik menerusi program terbaru TV3, KINTANG KINTUNG bermula 6 Oktober 2013 jam 11.00 – 12.00 tengah malam.[/pullquote]

Selain itu, KINTANG KINTUNG juga mempersembahkan 3 sketsa komedi yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan dan diselang-selikan dengan pendapat orang ramai terhadap topik tersebut, Antara topik yang akan diketengahkan oleh Achey dan Harun Salim Bachik bagi 13 episod ini termasuk ‘rempit’, ‘pembuangan bayi’, ‘kahwin campur’, ‘orang gaji’, ‘kepochi’, ‘bomoh’ dan banyak lagi.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3:

“Jika sebelum ini, TV3 pernah menayangkan program variasi seperti Jangan Tidur Lagi, Tunggu Sekejap musim pertama dan BROS pada malam Ahad, kali ini, kami menampilkan bakat baru yang dilahirkan daripada Bintang Mencari Bintang iaitu Achey di samping sifunya, Harun Salim Bachik dalam KINTANG KINTUNG yang mampu menarik minat anak muda untuk menonton. Kekuatan program ini terletak pada keserasian Achey dan Harun Salim Bachik dalam mempersembahkan sketsa komedi yang menyentuh isu masyarakat. Lebih menarik, mereka juga akan bergandingan dengan artis-artis jemputan untuk menjayakan babak sketsa yang pasti mencuit hati. Selain itu, KINTANG KINTUNG merupakan platform terbaik bagi finalis Bintang Mencari Bintang seperti Bocik, Bowl, Ajo, Titan, Tapaw, Awok untuk terus mengasah bakat mereka dalam mencari tapak dalam industri hiburan tanah air.”

Episod pertama KINTANG KINTUNG yang bersiaran pada 6 Oktober nanti telah memilih ‘rempit’ sebagai topik. Antara sketsa yang akan dipersembahkan oleh Bocik, Azlee Senario, Titan, Awok dan Ajo ialah ‘Bila Rempit Jadi Hantu’, ‘Valentino Rossi Diculik’ dan ‘Bila Rempit Mencuri Motor’. Semasa berlangsungnya rakaman bagi episod kedua pada 20 September, suasana studio dihangatkan dengan persembahan mantap gandingan hos Achey dan Harun Salim Bachik bersama artis jemputan Adibah Noor dan Sharifah Shahirah yang mengisahkan topik ‘orang gaji’ iaitu ‘Biniku Zombie’, ‘Orang Gajiku Pencuri’ dan ‘Orang Gaji Di Belakang Rumah’.

Seterusnya, episod ketiga pula mengetengahkan isu pembuangan bayi dengan menampilkan Saiful Apek dan Azlee Senario sebagai artis jemputan yang turut menjayakan tiga sketsa bersama Faiz Tapaw, Fizah Awok, Bocik dan Ajo. Episod keempat diserikan oleh Raja Azura, Sharifah Sakinah dan Azlee Senario yang menjayakan 3 sketsa komedi bersama Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik yang memilih ‘kepochi’ ataupun sikap suka menyibuk sebagai topik perbincangan.

KINTANG KINTUNG sudah memulakan sesi rakamannya di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 18 September 2013 (episod 1). Orang ramai dijemput hadir ke studio Sri Pentas 2 pada jam 8.00 malam untuk menyaksikan 9 lagi sesi rakaman KINTANG KINTUNG yang telah dijadualkan pada 15 Oktober (episod 5), 17 Oktober (episod 6), 3 November (episod 7), 5 November (episod 8), 10 November (episod 9), 12 November (episod 10), 17 November (episod 11), 19 November (episod 12) dan 24 November (episod 13).

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kelatah Achey dan sifunya, Harun Salim Bachik menerusi program terbaru TV3, KINTANG KINTUNG bermula 6 Oktober 2013 jam 11.00 – 12.00 tengah malam. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang KINTANG KINTUNG, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ #kintangkintung untuk menghangatkan lagi bahang KINTANG KINTUNG.

Topik Kepochi dipilih untuk episod keempat

Sharifah Sakinah tampil sebagai artis jemputan dalam Kintang Kintung (Kepochi)

Raja Azura dalam Kintang Kintung

Logo Kintang Kintung (s)

Pembuangan bayi - topik episod ketiga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem GRAVITY Lakonan Sandra Bullock

Sinopsis Telenovela Be Careful With My Heart