in , ,

Abu Syafiq Umum Mahu Bertanding di Parlimen Jerlun & Langkawi

Nama Abu Syafiq semakin hangat diperkatakan di Malaysia. Bermula dengan kisah yang dikaitkan dengan Ust Ebit Lew, dia kemudiannya dilihat sibuk berbalas posting di IG berkenaan Najib Razak & isu perletakan jawatan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah.

Semalam, Abu Syafiq dilihat hangat berbalas posting dengan Dr.Maza dengan caption:

“Hepy sungguh MAZA mufti wilayah baru berjoget. Letih melobi ke?”

Namun apa yang menjadi isu hangat dalam kalangan netizen pada hari ini ialah apabila dia memuat naik satu posting seakan meminta untuk menukar Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama Malaysia sekarang.

Kata kawan… ramai berpandangan Menteri Agama pun perlu diganti. Termasuk timbalannya” tulisnya

Tidak pasti apakah sebab dia menulis sedemikian namun pastinya ia ditujukan kepada Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan timbalannya sekarang iaitu YB Ahmad Marzuk Shaary.

Terdahulu, Abu Syafiq dikatakan ingin bertanding di Parlimen Jerlun & Langkawi.

Ini berikutan suasana politik Kedah kembali hangat susulan Mukhriz Mahathir hilang kepercayaan menyaksikan kerajaan PH pimpinan anak bekas Perdana Menteri itu jatuh.

Pelbagai pihak tampil memberi ulasan mengenai suasan politik Kedah termasuk pendakwah bebas Abu Syafiq.

Parlimen Jerlun dan Parlimen Langkawi dah boleh buat PRK dah. Sebab ramai dah tolak DAP. Insya Allah saya akan bertanding di kedua-dua kerusi tuh if ok.”

Abu Syafiq

Menurut Abu Syafiq, dia sanggup menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Jerlun dan Langkawi.

Umum mengetahui kedua-dua kawasan parlimen tersebut merupakan kubu kuat Mukhriz dan bapanya Tun Mahathir.

Sebelum ini, Abu Syafiq pernah mengumumkan akan bersara dan mengundur diri daripada dunia dakwah selepas membuat satu laporan polis dan hendak fokus kepada bidang perniagaan hartanah.

Beliau juga berhasrat dengan hasil usaha perniagaannya, akan disumbangkan kepada netizen yang memerlukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CEO Twitter Benarkan Pekerja Bekerja Dari Rumah Sampai Pencen Kalau Mereka Mahu

Lagu SENYUMAN RAYA Gabungan Terbaru Sempena Aidilfitri 2020