in , , , ,

Ada Dua Versi Video Muzik Berbeza Untuk HELLO Andi Bernadee & Ismail Izzani

Kolaborasi terbaru di antara Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment telah menghasilkan ‘Hello’ nyanyian Andi Bernadee bersama Ismail Izzani.

HELLO merupakan kolaborasi buat pertama kali di antara Andi Bernadee dan Ismail Izzani. Single ‘Hello’ ini merupakan lagu yang mempunyai mesej yang tersendiri namun, ‘Hello’ boleh di intrepretasi mengikut kefahaman pendengar dan juga peminat.

Yang menariknya, untuk pertama kali di dalam industri muzik, dua video muzik telah dihasilkan untuk single ‘Hello’ ini untuk dua saluran Youtube yang berbeza, iaitu Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment.

Versi Andi Bernadee

Versi Ismail Izzani

Video muzik ‘Hello’ mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri. Dua muzik video ini sebenarnya mewakili dua perspektif yang berbeza. Kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

Dalam video muzik ini tidak akan dinyatakan siapa pembunuh bersiri tersebut. Identiti pembunuhnya hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-kedua muzik video mencecah 1 juta tontonan.

ANDI BERNADEE & IZMAIL IZZANI - HELLO

Video muzik ini turut menampilkan pelakon Jay Iswazir serta kameo oleh Naim Daniel, Daniesh Suffian, Anna Jobling, Didi Astillah dan Fatin Afeqah.

Istimewa untuk peminat-peminat Andi Bernadee dan Ismail Izzani, single ‘Hello’ telah dilancarkan pada 15 November lepas dan boleh didapati di semua pelantar digital  seperti Spotify, Apple Music, dan juga JOOX.

Video muzik ‘Hello’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment bermula 2 DISEMBER, jam 8.00 malam.

hello-single-cover

Chorus Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu Siapa dia bagi mu? Verse (Andi) Ey, Hello? Angkat telefon mu Jawab panggilan nya Cepat kau bangun Kan dah lambat Jangan kau tunggu Deringan bunyi kau masih leka Kau perlu dia seumur hidup mu Walau kau tak tahu Chorus Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu Siapa dia bagi mu? Verse Ismail hmm hmm Hey! Engkau tunggu Hello hello hello Manakah kamu? Kan ku dah bilang dah Jangan kau hilang Yeah yeah yeah Aku dah cakap dah ku takkan hilang Kalau engkau redah kita kan senang Janji dia tahu Kerna kau jauh Walau kau tak tahu Chorus Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu Siapa dia bagi mu? Bridge Hancur aku tanpa kamu Hidup suram tanpa dirimu Kembalikan rasa itu Chorus Benarkah? Kalau engkau hilang kau masih mencari nya Tak pernah engkau lupa yang kau masih bersamanya Benarkah? Jika siang malam itu milik kamu Siapa dia bagi mu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Nafi Bakal Nikah Pada Tahun 2020, Bakal Menembusi Indonesia

Selepas 10 Tahun Donnie Yen Muncul Dalam Aksi Terakhir IP MAN 4: THE FINALE