in ,

BTS Tidak Terkecuali Terpaksa Jalani Latihan Ketenteraan

Pihak berwajib Korea Selatan telah menetapkan kesemua selebriti lelaki K-pop wajib menghadiri latihan ketenteraan selama dua tahun seperti yang termaktub dalam sistem ketenteraan negara itu.

Kerajaan negara itu sebelum ini telah memeriksa semula pelaksanaan modul ketenteraan itu selepas terdapat beberapa usul untuk memberikan pengecualian kepada bintang K-pop daripada menjalani latihan itu. 

Semua warganegara lelaki Korea Selatan yang berusia 18 tahun ke atas diwajibkan menjalani modul ketenteraan tersebut.

Sebelum ini hanya beberapa selebriti sahaja yang mendapat pengecualian tersebut seperti pemuzik lagu tradisional Korea dan atlet yang pernah memenangi pingat Sukan Olimpik dan Sukan Asia. 

Patung Comel Anggota BTS Di Lancarkan, Peminat Teruja Nak Beli Semua!

Timbul cadangan sebelum ini bagi memberikan pengecualian kepada ahli kumpulan BTS yang telah mencipta fenomena sedunia sekali gus menjana pendapatan negara tersebut dengan menarik jumlah pelancong ke negara Kimchi itu. 

Ahli kumpulan BTS, Jin dijadualkan menjalani latihan modul ketenteraan itu pada tahun hadapan. 

Dakwaan mengatakan kesemua ahli BTS berkemungkinan akan menjalani latihan pada tempoh yang sama bagi mengelakkan perjalanan kerjaya mereka terganggu disebabkan kekurangan ahli pada satu-satu masa untuk mempromosikan produk seni mereka.

Namun, pihak pengurusan mereka Big Hit Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi menjawab perkara tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wings Bakal Gegarkan Sunday Night Live di Hard Rock Cafe

Uriah See Cuba Nasib Di China Dengan Pertandingan Opera