in ,

KONSERT HORA HOREY LIVE! DIDI & FRIENDS Bakal Gegar Cuti Sekolah

9 keluarga pemenang bertuah berpeluang memenangi kemunculan maskot Didi & Friends sebagai kejutan di sambutan hari kelahiran!

Siri animasi kanak-kanak popular, ‘Didi & Friends’bakal mengadakan ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’, yang akan dibawakan secara ekslusif dan interaktif di Quill Convention Center, Kuala Lumpur. Konsert berdurasi 65 minit itu akan berlangsung selama empat hari berturut-turut bermula dari 15 sehingga 18 Ogos 2019, bersempena dengan cuti persekolahan yang akan bermula pada 10 Ogos ini. 

Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Diangkat sebagai sebuah fenomena hebat di kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru, ‘Didi & Friends’ adalah produksi bersama Digital Durian dan Astro,dengan lebih daripada 2 juta pengikut dan 1.5 bilion tontonan di YouTube. ‘Didi & Friends’ berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu menarik dan watak-watak comel yang begitu disayangi ramai seperti, ‘Didi’, ‘Nana’, ‘Jojo, ‘Pak Atan’, ‘Bingo’ dan banyak lagi.

Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friendsadalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi saya.

Misi kami adalah untuk mencipta momen keluarga yang penuh kasih sayang dan bahagia untuk ibu bapa, terutama sekali untuk anak-anak.

Ini adalah langkah terbaik untuk membuat ibu bapa dan anak-anak gembira, iaitu dengan membawa para peminat Didi & Friends merasai sendiri pengalaman konsert muzikal interaktif yang cukup hebat!

Konsert muzikal interaktif untuk kanak-kanak secara besar-besaran seperti Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini adalah yang pertama dari kami, dan tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penggiat karakter kartun tempatan yang lain.

Usaha dan penyelidikan yang kami lakukan – pengalaman yang ingin kami sampaikan – adalah pengalaman seumur hidup. Tarikan maskot baharu, persembahan, gimik dan pelbagai momen interaktif sudah pasti akan membuatkan anak-anak dan ibu bapa berasa teruja di sepanjang berlangsungnya persembahan. 

Menariknya lagi, bersempena dengan penganjuranKonsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends ini, kami berbesar hati mengumumkan di sini bahawa kami akan meraikan 9 keluarga pemenang bertuah dengan membawakan kemunculan maskot ‘Didi & Friends’ sebagai kejutan di sambutan hari kelahiran mereka.

Bayangkan kehadiran Didi, Nana, Pak Atan, Jojo atau Bingo di majlis anda dan menyambut hari istimewa anda bersama rakan dan keluarga tersayang?

Setiap pemenang akan dipilih menerusi proses cabutan bertuah yang akan diadakan di setiap persembahan; 9 persembahan secara keseluruhannya. Semua yang hadir berpeluang untuk memenangi hadiah hebat ini.”

Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian
Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Mengulas lebih lanjut tentang harapannya bagi konsert ini, Sinan berkata,

“Harapan besar kami adalah untuk mencipta momen yang akan diingati oleh semua peminat cilik kami dan juga dapat menguatkan ikatan kasih dan sayang antara ibu bapa dan anak, seterusnya menjadikan pengalaman ini tidak dapat dilupakan.

Kami berjanji untuk memberikan yang terbaik, kerana kami mempunyai peminat yang terbaik. Ini mungkin konsert pertama kami – tetapi kami percaya ia akan menjadi satu sejarah buat kami dan para peminat!

Teruskan menyokong Didi & Friends supaya kami dapat terus menzahirkan lebih banyak lagu, animasi dan pengalaman berharga untuk orang yang tersayang.”

Sinan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian

Berbeza dari konsert mini dan karnival yang dianjurkan oleh ‘Digital Durian’ sebelum ini, ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ini merupakan konsert secara langsung pertama ‘Didi & Friends’ yang mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Semut Berkawad’, ‘BINGO’ dan lain-lain yang telah menerima jutaan tontonan melalui saluran YouTube ‘Didi & Friends’, serta lagu-lagu yang telah diberi nafas baharu.

Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Istimewanya lagi di ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ ini kelak, ‘Didi & Friends’ akan mempersembahkan ‘Lagu Mandi’ (yang telah mendapat hampir 6 juta tontonan di saluran YouTube Didi & Friends) dalam versi tarian yang dipanggil ‘Lagu Mandi Remix’, serta mencabar orang ramai untuk membuat tarian ‘The Lala Dance’ dan memuat naik video tarian masing-masing di laman sosial media dengan tanda pagar (‘hashtag’) #LaguMandiChallenge dan #TheLalaDance.

Rakaman muzik video Lagu Mandi Remix telah melibatkan barisan personaliti popular seperti Izzue Islam, Syatilla Melvin, Aqil Nahar dan Ara Aziz dan ia boleh ditonton di YouTube Didi & Friends.

Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

Izzue Islam telah dipilih sebagai selebriti jemputan utama untuk konsert ini dan beliau akan turut membuat persembahan semasa konsert, dan menari ‘The Lala Dance’ bersama peminat yang hadir.

Antara personaliti popular lain yang akan turut serta membuat persembahan bersama Didi & Friends ialah kumpulan ‘b-boy’ terkenal tanah air, iaitu Wakaka Crew yang diterajui oleh Alam. Animasi kartun Islamik, ‘Omar & Hana’akan turut membuat penampilan istimewa di konsert ini kelak.

Dalam pada itu, buat julung kalinya juga, ‘Didi & Friends’ bakal bekerjasama dengan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) untuk menampilkan penari-penari yang berpengalaman dan persembahan yang berkualiti tinggi (dari barisan pemain dram ASWARA dan Kumpulan Dikir Barat ASWARA).

Untuk memastikan konsert yang dipersembahkan menepati kehendak dan memenuhi jangkaan peminat, Digital Durian akan menitikberatkan persiapan dari setiap penjuru termasuklah dari segi kostum, peragaan pentas, visualisasi dan prop. 

Konsert ini merupakan konsert mesra keluarga yang sarat dengan elemen persembahan, lakonan dan tarian di atas pentas, di mana seluruh isi keluarga tanpa had umur akan dapat menikmati semua pengisian dan kandungan persembahan di dalam konsert ini. Groundzero, sebuah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan (“non-profit”), yang sudah 9 tahun bertapak di dalam industri kreatif, telah dilantik sebagai sebahagian daripada rakan kerjasama bagi ‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’ untuk memberi servis perundingan, teknikal dan tajaan prop.

Konsert ini pasti akan menjanjikan suatu pengalaman yang penuh kelainan berbanding apa yang disiarkan di kaca televisyen dan YouTube kerana anak-anak akan dapat berinteraksi secara langsung dengan karakter, menyanyi dan menari bersama dalam satu suasana yang cukup meriah dan nyata seperti di alam animasi Didi & Friends. Antara gimik persembahan yang dijadualkan berlangsung termasuklah bermain ‘giant balls’, ‘water-gun’, ‘glow-in-the-dark’dan banyak lagi! 

Jom Nyanyi Sama-Sama!

#DidiLive2019

Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends
Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends
Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends
Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends
Majlis Sidang Media Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends

MAKLUMAT KONSERT & TIKET

Senarai Harga Tiket

Harga / Nama ZonZon Hora HoreyZon AZon B
Harga IndividuRM85RM55RM35

*Tidak termasuk yuran pemprosesan

Harga tiket ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’ adalah berbeza mengikut pelan tempat duduk. Terdapat 3 pembahagian zon, iaitu ‘Zon Hora Horey’,‘Zon A’dan ‘Zon B’

Penonton dari ‘Zon Hora Horey’berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan maskot dan penari dengan lebih dekat dan jelas. Selain dari itu, penonton juga berpeluang untuk menjadi tiga (3) pasangan ibu dan anak yang bertuah dan dijemput naik ke pentas sempena lagu ‘Ibu dan Anak’. Eksklusif untuk pembeli tiket ‘Zon Hora Horey’, mereka juga akan dapat bergambar dengan maskot semasa sesi Berjumpa Peminat (‘Meet & Greet’).

Pakej Kumpulan

Didi & Friends juga menyediakan Pakej Kumpulan, bersesuaian untuk pelanggan dengan jumlah ahli keluarga yang besar, dengan setiap pembelian sepuluh (10) tiket dari zon yang sama, akan mendapat satu (1) tiket percuma untuk zon yang berkenaan. 

Pakej Korporat

Kepada syarikat-syarikat korporat yang berminat untuk membeli tiket Konsert Hora Horey LIVE! secara pukal, boleh hubungi Encik Rizal di 017-207 8911 untuk dapatkan 20% diskaun dengan harga seperti berikut: 

Harga / Nama ZonZon Hora HoreyZon AZon B
Harga IndividuRM85RM55RM35
Harga Selepas
Diskaun 20% 
RM68RM44RM28

*Tidak termasuk yuran pemprosesan

Pakej Sekolah 

Istimewa bagi murid-murid pra-sekolah atau tadika yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, para guru boleh dapatkan Pakej Sekolah dengan pembelian 10 tiket dengan potongan harga sebanyak 20% seperti jadual dibawah:

Harga / Nama ZonZon Hora HoreyZon AZon B
Harga IndividuRM85RM55RM35
Harga SelepasDiskaun 20%RM68RM44RM28

*Tidak termasuk yuran pemprosesan

Menariknya Pakej Sekolah ini ialah, setiap pembelian 10 tiket akan mendapat 1 tiket percuma untuk guru pengiring. Guru-guru yang berminat boleh hubungi Cik Qatrun di 014-940 1399 untuk sebarang pertanyaan dan urusan pembelian tiket Pakej Sekolah.

BARISAN PENAJA 

‘Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends’ ini juga turut diceriakan oleh barisan penaja seperti Chatimedan Big Applesebagai penaja utama, Quill City Mallsebagai penaja lokasi, radio rasmi SINAR, serta Kidxydan ASWARAsebagai rakan kerjasama.

SESI SOAL JAWAB SECARA LIVE DI FACEBOOK, YOUTUBE & INSTAGRAM

Team Didi & Friends turut mengadakan sesi soal jawab secara ‘live’ di akaun Facebook, YouTube & Instagram rasmi Didi & Friends setiap hari Rabu pada jam 12.00 tengahari. Tujuan sesi soal jawab ini adalah untuk memudahkan orang ramai bertanyakan soalan tentang konsert ini. Orang ramai boleh menyaksikan penampilan Abang Paan dan Kak Q yang sedia untuk menjawab semua soalan yang dilontarkan oleh penonton.

BUAH TANGAN UNTUK PEMINAT DIDI & FRIENDS

Setiap pembeli tiket hanya perlu menunjukkan bukti pembayaran yang didapati melalui emel selepas membuat pembayaran di kaunter tiket semasa hari kejadian dan akan mendapat satu ‘goodie bag’yang mengandungi barangan eksklusif Didi & Friends seperti gelang getah ‘glow-in-the dark’, baucer gerai makanan dan banyak lagi! 

AKTIVITI LAPANGAN

Mini Karnival Didi & Friends

Mini Karnival Didi & Friends yang akan diadakan pada 5 – 7 Julai 2019 di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Selain penjualan tiket bagi ‘Konsert Hora Horey LIVe! Didi & Friends’, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama Team Didi & Friends dan juga maskot, serta pelbagai kejutan buat seluruh keluarga.

Selain ‘Mini Karnival Didi & Friends’, Didi & Friends juga akan mengadakan jualan tiket secara ‘turun padang’ bagi menyenangkan proses pembelian tiket, khas buat peminat-peminat Didi & Friends. Untuk notifikasi aktiviti Didi & Friends, peminat boleh ikuti laman sosial media rasmi Didi & Friends di @didiandfriends.

Tawaran khas buat Pelanggan Astro

Istimewa untuk semua pelanggan Astro, nikmati tawaran 10% potongan harga tiket dengan ‘kod promo’ khas yang boleh ditebus di laman web rewards.astro.com.mymelalui telefon pintar atau tablet. Selain itu, dengan menunjukkan bil kertas atau e-biling Astro di kaunter tiket semasa hari konsert, anda akan berpeluang untuk mendapat laluan ekspres. Tawaran ini hanya terhad untuk 100 pelanggan Astro yang pertama sahaja bagi setiap persembahan.

Radio SINAR selaku radio rasmi

Orang ramai boleh juga sentiasa mendengar radio SINAR untuk mendapatkan info-info terkini mengenai Didi & Friends dan menyertai pertandingan untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan membuat panggilan ke stesen radio berkenaan.

Info Terkini ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends’, sila ikuti platform media sosial rasmi Didi & Friends atau hubungi Cik Qatrun (014-940 1399)atau emel ke [email protected].

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maybank Menawarkan Hiburan Asia Tanpa Had Dengan dimsum

Dr. Soo Wincci Graduasi ke-5 di Spain Cipta Dua Malaysia Book Of Records Terbaharu