in , ,

Lirik Lagu RAKAN TEMAN AIDILFITRI dari Projector Band

Tak meriah lagu raya tahun ni kalau takde lagu raya terbaharu kan? Jadi, mungkin sebab itu, Kumpulan Projector Band telah merakam sebuah lagu raya bagi menjadikan raya kali ini lebih meriah. Selain lagu-lagu evergreen, tahun ini Projector Band mencuba melahirkan lagu berjudul RAKAN TEMAN AIDILFITRI.

Lagu ini didendangkan secara beramai-ramai bersama dengan rakan seperjungan Projector Band di bawah label Media Asia Production Sdn Bhd iaitu Projector Band, Eka Sharif, Ashral Hassan, Iqmal Haziq & Amy Mentor.

LIRIK RAKAN TEMAN AIDILFITRI (PROJECTOR BAND)

Lagu: Puyu (Media Asia Production Sdn Bhd) Lirik: Johari Teh (Media Asia Production Sdn Bhd)

Berakhir sudah sebulan berpuasa Tiap ujian di tempuh penuh redha Masanya telah tiba
Bersama tinggal kota

Bertemu dengan mesra Menyambut Hari Raya

Desa ku tinggalkan
Kekasih kerinduan
Dapat ku curah
Segala dalam jiwa
Akan terubat rindu yang membara

(Korus)
Mari teman rakan taulan
Maafkanlah semua
Marilah bergembira menyambut Hari Raya Menyunjung sama-sama
Selamat Hari Raya

Takbir yang bergema terasa hening hiba Sanjungan cinta memujinya ilahi Sanjungan cinta pada ilahi

(Solo, Ulang Korus)

Marilah bergembira menyambut Hari Raya Mengunjung sama-sama
Selamat Hari Raya
Mengunjung sama-sama

Selamat Hari Raya

Lirik Lagu RAKAN TEMAN AIDILFITRI dari Projector Band

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kolaborasi Hebat Simplysiti, Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Epie Temerloh

Hard Rock Cafe Brings Some Global Inspiration To Its Menu During Ramadhan