in , , ,

TAKKAN TERLERAI Taruhan Terbaru Duet Syamel & Ernie Zakri

“Andai Teguh Takdir Kita Jauh Terpisah Bertaut Jua, Usah Ada Sesiapa Mendustakan Cinta Segala Rasa Tercipta Menjemput Bahagia Takkan Terlerai.”

1Syamel dan Ernie Zakri bukanlah nama asing lagi dalam industri muzik tempatan. Gandingan mantap dua orang vokalis hebat ini telah melayakkan mereka berdua menyandang gelaran ‘Vokal Terbaik’ dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu pada tahun 2018 yang lalu.

Semenjak kemenangan itu, mereka berdua sering dikaitkan bersama dan setiap kolaborasi mereka pasti ditunggu peminat sejagat.

Keserasian ini sekali lagi mempertemukan mereka berdua dalam sebuah lagi karya hebat berjudul ‘ Takkan Terlerai ‘. Lagu ini menjadi taruhan terbaru buat pasangan duet ini. Lagu hasil gubah pemenang tempat ketiga AJL 2019, Sharon Paul ini dicipta khas agar bersesuaian dengan gaya nyanyian pasangan duet hebat ini, yang juga selari dengan permintaan pasaran sekarang. Lebih menarik lagi, liriknya pula mendapat sentuhan Fedtri Yahya dan juga dibantu oleh Syamel dan Ernie Sendiri.

Takkan Terlerai Syamel & Ernie

“Sebelum ini banyak permintaan yang meminta untuk kita cepat-cepat keluarkan lagu duet Syamel & Ernie Zakri kerana mereka tidak puas hanya dengan satu lagu. Tapi kita dari pihak pengurusan tidak mahu tergesa-gesa mengeluarkan lagu baru kerana pertaruhannya cukup tinggi.

Jadi kita mengambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah ‘Takkan Terlerai’ dan saya yakin lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan untuk semua pencinta muzik ”

FerosKetua Label MuzikRocketfuel Records

Lagu ‘Takkan Terlerai’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Bila Entah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Ernie Zakri
Syamel

Syamel and Ernie Zakri are no strangers to the local music scene. Their magical unison in vocals has earned them the ‘best vocal award’ at the prestigious Anugerah Juara Lagu in 2018. Eversince their unexpected victory, they have often been associated with each other making their collaborations a much awaited spectacle by their fans.

This chemistry has led to the birth of another masterpiece called TAKKAN TERLERAI. This duet is their latest offering and is composed by recent second runner-up winner of the AJL 2019, Sharon Paul.

The song is carefully crafted according to the vocal stylistics of both singers, meeting the current market demands of today. To make it more interesting, the lyrics received the magical touch of Fedtri Yahya, alongside Syamel and Ernie herself.

“Before this we received a lot of requests to quickly release Syamel and Ernie Zakri’s next duet single, as many were not satisfied with just one song. But we, their management team didn’t want to rush into things and simply release another single, as the stakes are quite high.

So we took about about a year in preparing and sourcing for the right song. Hence, ‘Takkan Terlerai’ was the result of this long search and I am certain that this song will be able to satisfy their fans and music lovers in general.”

Feros, The Label Head of Rocketfuel Records

‘Takkan Terlerai’ can be downloaded on iTunes and be made a caller ringtone through all telcos and can be heard online via live streaming on Raku, Spotify, Joox and Apple Music. The lyric video for ‘Takkan Terlerai’ can also be viewed on the Youtube channel of the Rocketfuel Network.

Title Artist Composer Lyricist Publishing

: Takkan Terlerai
: Syamel & Ernie Zakri
: Sharon Paul
: Fedtri Yahya , Ernie Zakri, Syamel, : Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd

Zahirkan apa kau rasa Jujurkan segala kebenaran

Berat hatiku meluahkan
Tersudut menunggu kau bertanya

Biarkan waktu menyembuhkan Yg pudar kan pasti bercahaya

Andai teguh takdir kita Jauh terpisah
Bertaut jua
Usah ada sesiapa Mendustakan…. cinta

Segala rasa tercipta Menjemput bahagia Takkan Terlerai

Bridge:
Kujalinkan serpihan luka
Tak berdaya menanggung rasa Terungkai semua resah jiwa Bahagia ..
selamanya ..

Adlibs:
Biar terpisah kan bersama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NCIG Buka Cawangan Pertama di Desa Seri Hartamas

Drama NUR 2 Raih 10 Juta Tontonan